Isu Simbol Infeksi Aneh



Beberapa hari ini gempar dengan penemuan simbol aneh (seperti diatas) yang muncul di blog-blog, tv dan juga akhbar harian. ada yang mengatakan makhluk aneh sudah turun ke bumi, dan ada pula yang berkata simbol ini berpunca dari radiasi yang terjadi akibat letupan loji nuklear di Jepun.

Sebelum anda terpesong kerana memikirkan tentang alien turun ke bumi membuat intipan atau radiasi yang akan menjadikan anda seperti zombi, BOM321 ingin memberi tahu anda bahawa simbol tersebut adalah teknik periklanan viral untuk sesuatu produk baru yang akan muncul di Malaysia, memang teknik ini berjaya memukau orang ramai dengan hasil gimik dari kreativiti syarikat periklanan untuk menarik perhatian orang ramai, dan periklanan tersebut berjaya menarik perhatian dan menjadi buah mulut orang ramai sehingga BOM321 sendiri mendapat emel yang mengatakan "Tolong sebarkan artikel ini, dunia nak kiamat, simbol-simbol aneh dah muncul di bumi bla bla bla...", sungguh boleh memesongkan akidah bukan? boleh dikatakan periklanan sebegini agak melampau.

BOM321 semasa menerima isu ini juga tertipu dengan periklanan sebegini dan terus mencari simbol di enjin carian sehingga munculnya iklan yang memaparkan simbol berkenaan di tv (video seperti dibawah).

Juga terdapat simbol-simbol ini dari mesej yang akan diterima di telefon bimbit anda dan di akhbar-akhbar tempatan. Kemungkinan periklanan seperti ini adalah untuk mempromosikan satu produk seperti perkhidmatan telekomunikasi atau seangkatan dengannya, kita tunggu dan nantikan sahaja.

(Contoh gambar dari blog-blog yang menjadi publisher simbol ini)

Isu Simbol Aneh
Isu Simbol Aneh
Isu Simbol Aneh

Jangan begitu serius menerima satu khabar berita yang belum pasti kebenarannya...

10 Komen

serious.memang curious.. amende ni... apekah ie.. >,<"

mcm edt pke phtoshop jer...huuurrrmm...

kalau ia betul2 pengiklanan..memang ia berjaya mencuri perhatian audience..

transfomer.........

betol en aman...
iklan celcom...
product bru...
hahahaha

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS