Artikel :
KL Dilanda Ribut Lebih 30 Kereta Dihempap Pokok
ANGGOTA bomba dan Pegawai Unit Pertahanan Awam membersih dan memotong pokok yang tumbang selepas ribut dan hujan lebat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR: Lebih 30 pemilik kenderaan bukan saja terperangkap di dua bangunan akibat ribut petang semalam, malah kenderaan mereka yang diletakkan di kawasan letak kereta berbayar berhampiran Bangunan Sime Darby dan Bangunan RHB, Jalan Tun Razak di sini, rosak selepas dihempap beberapa batang pokok yang tumbang.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pudu, Pegawai Bomba Kanan II Abdul Rashid Yahaya berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.39 petang dan satu jentera bersama sembilan anggota tiba di tempat kejadian kira-kira 12 minit kemudian.
“Terdapat tujuh pokok bersaiz besar dan sederhana tumbang di kedua-dua tempat kejadian namun kawasan letak kereta berhampiran Bangunan RHB paling teruk apabila lima batang pokok tumbang dan merosakkan lebih kurang 30 buah kereta di situ.
“Namun kita bernasib baik kerana tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan membabitkan pemilik kenderaan atau orang awam berlaku dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Difahamkan terdapat kira-kira 250 kereta berada dalam kawasan letak kereta milik swasta terbabit dan dari jumlah keseluruhan kenderaan yang rosak, lebih 20 daripadanya mengalami kerosakan serius.
Operasi bomba membersihkan kawasan dan mengeluarkan kenderaan yang rosak dari tempat kejadian yang turut dibantu pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tamat kira-kira jam 8.15 malam semalam.
Difahamkan, kebanyakan pokok yang tumbang itu ditanam di dalam kawasan Kelab Golf Diraja Selangor yang terletak berhampiran kawasan letak kereta berkenaan. Sementara itu, pemilik kenderaan dikenali sebagai Zul, 36, terkejut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Ixora miliknya yang diletak di kawasan letak kereta Bangunan RHB rosak teruk akibat dihempap sebatang pokok yang tumbang.
“Kira-kira jam 3.30 petang, saya keluar dari Bangunan RHB selepas selesai urusan di situ dan keadaan pada masa itu hujan lebat dan angin terlalu kuat.
“Namun saya berasa tidak sedap hati dan bergegas untuk melihat keadaan kereta saya dan saya dapati sebatang pokok menghempap bahagian bumbung menyebabkannya rosak teruk,” katanya. - Berita Harian
1 Komen :
blum tgk kt jln semarak..kete nmpk bumbung jer..hehe
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS