Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke 78

KUALA LUMPUR: Setiap tahun tanggal 1 Mac merupakan satu tarikh bersejarah kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia. Bermula dengan penubuhan 1 kompeni percubaan pada 1 Mac 1933 maka kini Tentera Darat berbangga dan terus yakin pada usia 78 tahun untuk terus berbakti kepada Negara tercinta tanpa mengira kepentingan diri,

Pada tahun ini julung-julung kalinya Tentera Darat Malaysia menganjurkan satu acara yang dibuka kepada orang ramai. Hari Terbuka TD akan diadakan pada 4 hingga 6 Mac 2011 bertempat di Dataran Merdeka. Pelbagai acara menarik seperti pameran dari 16 Kor di dalam TD akan dipamerkan termasuk peralatan. Selain itu pertunjukkan kepakaran turut diadakan untuk dipertontonkan kepada orang ramai.

Tentera Darat Malaysia dengan kehadiran 22 anggota termasuk pegawai dengan bantuan media bersama Mej Jen Dato’ Hj Md Azman bin Hj Rosli turut hadir bagi menjayakan hari promosi TD.

Dengan slogan 1 Angkatan Tetap Gagah Tetap Setia sempena HUT TD Ke-78 pada tahun ini, pelbagai inisiatif dan langkah diambil untuk menarik perhatian umum akan betapa pentingnya peranan TD dalam masyarakat. Justeru itu satu promosi di peringkat TD telah dilaksanakan pada 2 Mac 2011 bertempat di Plaza Tol Sungai Besi menghala masuk ke laluan Kuala Lumpur dengan mengedarkan risalah Hari Tentera Tarat, cenderahati dan surah yassin untuk pemandu yang beragama Islam serta menjemput orang awam supaya hadir ke Dataran Merdeka sempena hari terbuka TD pada 4 hingga 6 Mac 2011 bagi menyaksikan sendiri aktiviti dan asset TD yang dipertontonkan kepada umum.

Aturcara Hari Terbuka Tentera Darat


4 Mac 2011 (Jumaat)

0900 - 2200 : Pameran statik dan promosi kerjaya TD.
1600 - 1620 : Persembahan pancaragam.
1640 - 1700 : Demonstrasi Anjing Perang.
1700 - 1715 : Pertunjukan payung terjun (Penerjunan bebas)

5 Mac 2011 (Sabtu)

0900 - 2200 : Pameran statik dan promosi kerjaya TD
0900 - 1115 : Raptai Penuh perarakan kontinjen dan aset TD
1600 - 1620 : Persembahan pancaragam
1640 - 1700 : Demonstrasi Anjing Perang
1700 - 1715 : Pertunjukan payung terjun (penerjunan bebas)
2100 - 2230 : Persembahan pentas oleh Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD)

6 Mac 2011 (Ahad)

0855 - 0900 : Pertunjukan oleh Para Warriors Dance
0900 - 1600 : Pameran statik dan promosi kerja TD
0900 - 0950 : Perarakan kontinjen dan aset TD
0950 - 1115 : Demonstrasi kepakaran TD (Payung Terjun, Akrobatik dan Deonstrasi ULK)

Sambutan Hari Terbuka TD dibuka kepada orang ramai dan juga pelancong. Oleh itu, datanglah beramai-ramai ke Dataran Merdeka sempena Hari Terbuka TD.


Ini antara gambar yang BOM321 sempat ambil semasa melalui dataran merdeka sebentar tadi, kelihatan orang ramai sedang berpusu-pusu untuk mengambil gambar bersama jentera yang digunakan oleh tentera Malaysia, walau bagaimana pun BOM321 akan hadir pada 6hb ini untuk menyaksikan pertunjukan dan acara yang lebih menarik.

Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke 78
Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke 78
Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke 78
Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke 78

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS