Cubaan Bunuh Diri Di KB Mall 24.3.2011 (Gambar & Video)

Bunuh Diri KB Mall
Bunuh Diri KB Mall
Bunuh Diri KB Mall











KOTA BHARU: Sekeping tilam yang dipinjam dari premis berdekatan memisahkan seorang gadis berusia lingkungan 20-an dengan maut selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, gadis berkenaan yang memakai baju-T putih dan berseluar jeans biru, sempat mengacukan pisau kepada anggota bomba yang cuba menghalangnya dari terjun dari ketinggian kira-kira 30 meter.
sebelum selepas

* Foto

PEGANG...anggota bomba memaut tangan gadis terbabit.
* Foto

MERONTA...gadis yang cuba membunuh diri meronta-ronta mahu melepaskan diri tergantung tiga minit.
* Foto

TERLEPAS...gadis terbabit terjatuh selepas tangan yang dipegang anggota bomba terlepas.
* Foto

DISELAMATKAN...gadis terbabit terjatuh atas tilam di bawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Kejadian yang mengundang panik ratusan pengunjung pusat beli-belah berkenaan itu, turut menyaksikan drama mendebarkan apabila gadis itu tergantung kira-kira tiga minit ketika anggota bomba cuba memaut tangannya sebelum dia jatuh dan mendarat di atas tilam berkenaan.

Difahamkan, gadis itu cuba membunuh diri kerana menghadapi masalah cinta dengan teman lelakinya.
Click Here


Saksi kejadian, Mohd Syah Azrul Afandi Yusof, 25, berkata, sebelum menyaksikan aksi mendebarkan itu, dia melihat gadis berkenaan mundar-mandir di tingkat berkenaan dan terkejut apabila dia cuba mengelar lengannya dengan pisau.


“Sebelum jam 4 petang, saya lihat dia di berlegar-legar di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall. Dia juga dilihat cuba mengelar leher dan lengannya.

“Tindakannya itu disedari orang ramai yang kemudian menghubungi bomba,” katanya.

Sementara itu, Penguasa Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahrin Yusmal Mat Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.54 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama 16 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu serta Pengkalan Chepa.

Menurutnya, mereka terpaksa memujuk dan bergelut selama 20 minit dengan gadis terbabit memandangkan dia enggan bekerjasama, malah mengacukan pisau menyebabkan tiga anggota bomba yang cuba menyelamatkannya mengambil langkah berhati-hati.

“Mangsa enggan bekerjasama dan meronta-ronta minta dilepaskan menyebabkan berlakunya pergelutan. Ketika usaha memujuk, mangsa yang memegang sebilah pisau turut mengacukan senjata itu kepada anggota bomba.

“Kita sempat memaut tangannya tetapi gadis itu meronta-ronta menyebabkan dia terjatuh selepas pautan tangannya terlepas daripada pegangan anggota bomba,” katanya.- myMetro

Bunuh diri bukan satu jalan penyelesaian masalah!

14 Komen

as salam, tu lah kalau didikan agama kurang dan suka tengok cerita tamil, ada masalah yg d buat sendiri nak bunuh diri mcam perangai 'pariah'

isk..x de kene mgene ngan cite tamil!! ape la..kang x pasl2 isu perkauman plak..ni salah die sbb tertekan mungkin!! doakan yg terbaik utk beliau!! org kalo tertekan bole bertindak ganas,tapi x semesti nye die jaht kan..

bodoh..wat malu keluarga je..apela

wtf!..
islam ke tu???
memang sial nye pompn la!

maaf yer ,just nak tahu..

1-ca maner leh gurl ni naik ke bumbung mall ni?setahu sy pintu tuk ker bumbung bangunan tinggi sentiasa dikunci

2-cam maner gurl ni leh panjat ke birai bangunan coz dari aper yg sy lihat birai tu agak tggi?

3-aper yg terjadi kat gurl ni selepas ini?


#jgn la buat tafsiran sendiri..maybe sbb dah terlalu tertekan ,menyebabkan gurl ni mengambil jalan singkat cam ni..tapi bkn sy menyokong lak aper yg gurl ni buat k..

devil_angel, 4 ur informatin, tingkat ats ni aprking lot... standard r parking lot xrmai ngat org dok lpak sb kat ats ni pnas dear... pas2 kat parking lot ni byk tp2 tersrok r...

Putus cinta: Alasan paling tipikal.

Buat malu kaum perempuan jer betina nih. Nak buno diri konon. Nak mati sangat gi terjun dalam kolam buaye. Buaye kenyang, hati senang, orang xkenang. Daripade tejun bangunan, bangkai dia bersepah, orang lain susah.

Ishh, aku anti betul ngan orang nak buno diri pasal putus cinta ni.

she's already dead is it?

sian ko dio,, gangguan emosi la tu... doa la byok2 biar dio tene....

kite xpatut terus kutuk n caci je..
korg ckp mcm senang..
korang bukan di tmpt dye..
mungkin dye tertekan..
dia selamat kira Allah still syg die..
nk die berubah..
kite xperlu nk caci2..
doakan die tenang..
doakan die xbuat menda yang terlarang lg..
lgpun bile tertekan..mmg kite akan buat benda bodoh..
subhanallah..

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS