Jangan Terpedaya Dengan Aplikasi "Official Announcement - Verify your account HERE" Di Facebook

Official Announcement - Verify your account HERE

Sekarang sudah ramai menjadi takut jika akaun facebooknya dibuang sehinggakan mudah mempercayai sesuatu aplikasi yang membolehkan akaun facebooknya dibuang, aplikasi yang sedang hangat di Facebook ini adalah "Official Announcement - Verify your account HERE" yang lebih jelas menunjukkan sebuah aplikasi pengesahan akaun Facebook, tetapi aplikasi ini TIDAK DIBANGUNKAN OLEH FACEBOOK, dan ianya dibuat oleh individu yang ingin mendapatkan akses ke akaun anda.

Jika anda membenarkan (Allow) aplikasi tersebut ke akaun anda, pembangun aplikasi ini atau lebih dikenali sebagai Hacker atau Spammer boleh menceroboh/mendapatkan Informasi Asas akaun facebook anda untuk tujuan seperti mengambil maklumat anda atau SPAM.
Official Announcement - Verify your account HERE
Anda tidak perlu takut untuk kehilangan akaun Facebook, kerana akaun Facebook tidak akan dibuang selagi anda tidak melanggar syarat penggunaan Facebook, untuk mendapatkan Informasi atau Pengumuman dari facebook secara SAHIH, anda hanya perlu "like" pada akaun Facebook Rasmi Mark Zuckerberg dan juga akaun Rasmi Facebook. segala informasi anda mengenai Facebook akan diperolehi secara telus terus dari Facebook Inc sendiri. - Mr.BOM321

Kepada yang telah "allow" aplikasi ini, anda boleh remove semula.

2 Komen

Betul , tapi bukan aplikasi seperti ini saje yg dorang/hacker ni guna .
ade lg bebrapa teknik utk curi ID&PASS FB seseorang . contoh mcm keyloger dan phishing<-- (kerap digunakan)


(Ethicak Hacker)

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS