Gambar Masjid Dato' Siti Nurhaliza Dan Dato' Khalid

Gambar Masjid Dato' Siti Nurhaliza Dan Dato' Khalid | masjid al-khalidiah
Gambar Masjid Dato' Siti Nurhaliza Dan Dato' Khalid | masjid al-khalidiah
Gambar Masjid Dato' Siti Nurhaliza Dan Dato' Khalid | masjid al-khalidiah
Artikel :

Siti Nurhaliza, Suami Hadiri Perasmian Masjid Bersama Sultan Kedah

PETALING JAYA: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa akan hadir bagi mengikuti majlis perasmian Masjid Al-Khalidiah, Kampung permatang Pasir, Kuala Muda, Kedah, Sabtu.

Masjid yang dibangunkan oleh Yayasan Nurjiwa, itu akan disempurnakan pelancarannya oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bermula pukul 11.30 pagi.

Yayasan Nurjiwa dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Jumaat berkata, masjid yang dibina sejak 2009 itu telah siap sepenuhnya dan boleh digunakan.

“Sultan Kedah berkenan mencemar duli bagi merasmikan masjid berkenaan. Datuk Siti Nurhaliza dan juga suami akan hadir pada majlis itu,” kata kenyataan tersebut.

Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan pada 21 Ogos 2006 adalah satu badan kebajikan yang diilhamkan oleh pasangan suami isteri berkenaan.

Ia bertanggungjawab untuk membantu golongan yang memerlukan terutamanya anak-anak yatim dan juga mangsa bencana alam.

Yayasan itu turut berfungsi dalam pembangunan agama khasnya pembinaan serta baik pulih masjid dan surau terutamanya di kawasan kampung-kampung. - mStar


Jangan lupa singgah masjid terbaru di Kedah iaitu Masjid Al-'Khalid'iah

3 Komen

em. kalau niat betul, xkan ade heboh2.

hanya Allah je yg tahu niat mereka.. tak payah la nak teka2 org ni ikhlas ke x.. diri sendiri tu ade sumbangan x? haihhhhhhh

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS