Daphne Iking Sudah Peluk Islam !

Daphne Iking Sudah Peluk masuk Islam !

Hampir seminggu ura-ura Daphne Iking memeluk Islam sudah menjadi buat mulut orang ramai, terutamanya di kalangan followers kami. Hari ini, kami menerima berita yang mengesahkan status agama & status perkahwinan Daphne Iking, atau nama barunya Dahlia Eleanor Iking.

Menurut KakInaKL.com, semalam dia berkesempatan menemui Daphne Iking di Actor Art Studio bertempat di Lot 10 sempena pementasan teater. Kehadiran Daphne Iking bersama seorang jejaka Melayu yang hensem menimbulkan pelbagai persoalan.

Kesempatan ini diambil oleh KakIna untuk bertanya mengenai status agama Daphne Iking.

Daphne Iking mengakui bahawa dia sudah memeluk Islam & kini memegang status sebagai seorang isteri. Dalam senyap, sebenarnya Daphne Iking sudah pun melangsungkan pernikahannya bersama seorang jejaka Melayu sekitar awal tahun ini. Kalau diikutkan, ini merupakan perkahwinan kali kedua Daphne Iking.

Sumber kami yang lain ada memaklumkan bahawa suami kepada Daphne Iking bernama Azmi, atau lebih dikenali sebagai Joe. Azmi merupakan bekas Managing Director untuk Redberry Group.

Selama ini, kehadiran mereka berdua dalam mana-mana acara dilihat sebagai pasangan kekasih, rupa-rupanya sudah pun menjadi suami isteri. Kami ucapkan tahniah kepada Daphne Iking, semoga dia tabah menjadi saudara baru Islam, dan seorang isteri yang baik buat Azmi. Doakan yang terbaik buat mereka berdua! - ohbulan.com


Bertambahlah seorang saudara baru kita, Alhamdulillah!

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS