Kemalangan Yang Menyayat Hati

Dari emel yang diterima.

Kemalangan Yang Menyayat Hati

Salam
Semasa perjalanan balik dari kenduri jumaat lepas 28/5/10 kira kira 5.30 pm, di hadapan Kem Tentera Batu 11, Tanah Merah, Kelantan berlaku kemalangan diantara tentera dan sebuah motor sepasang suami isteri dari thailand . Yang menyayatkan hati hampir 1/2 jam kemalangan berlaku, tiada bantuan diberikan walaupun medic askar "berkeliaran" didalam kem tentera tersebut. Seorang yang kelihatan lagaknya seperti pegawai askar menjerit kepada medic untuk datang ketempat kejadian, tetapi di halang oleh MP untuk keluar dan mengambil masa yang begitu lama untuk keluar. Setelah berada lebih di tempat kemalangan lebih kurang 20 minit, saya meninggalkan tempat kejadian sebab nak solat asar. Dalam pada itu, ambulan awam dan tentera masih tidak kelihatan.
Kita tidak tahu siapa yang benar dan salah dalam kes ini, seelok eloknya layanlah mereka sebagai manusia,bukan binatang. Lihatlah beliau dan isteri beliau meraung kesakitan. Malah darah di kaki beliau sudah kering.. kesian yang amat. Terus saya ambil gambar dengan Nikon D90 saya sebagai rekod.

Saya rasa, kalau lah begini layanan / diskriminasi terkini tentera kepada orang awam, alamatnya mati dulu ler orang awam kalau berlaku apa apa. Yang mengejutkan lagi, 100 meter dari tempat kejadian ini adalah tempat kediaman Datuk Mustapha Mohamad.

Tolong sebarkan kepada blog yang perihatin kepada masalah rakyat dan raise the complaint, terutama nya face book mustapha mohamad kerana perkara ini berlaku di kawasan beliau. Kalau boleh forwardkan pada Hishamuddin agar tentera perlu lebih perihatin.

Wan Mohd
Kemalangan Yang Menyayat Hati
Kemalangan Yang Menyayat Hati
Kemalangan Yang Menyayat Hati
Kemalangan Yang Menyayat Hati
Serius kesian!

15 Komen

Karenah birokrasi. Nak selamatkan orang pun kena minta izin pihak atasan.

birokrasi tak bertempat sehingga mengabaikan tanggungjawab sesama manusia.

gamba laki 2 memang sgt kesian!lagi kesian kalau da saket mc 2 patu kene tggu smpai berjam2.isk3

bodoh punya askar,,mangsa dah la tgh sakit,,bukangnya gi perang pon,,duduk dalam kem tahu main dam papan jeee,,,

yg lalulang tu takan takde kete... org yg kat situ la kejam... taknak beri pertolongan awal... tahan kete yg lalu terus pg hospital.... takyah tunggu ambulance... nape semua takut tgk darah ke? kalau patah kaki just balut je tpt yg patah dgn anduh... papah kete n pg hospital.... ini semua tanggungjawab kita jika melihat kemalangan (real time)

ala...tentera bukanya wat apa pun...makan tido je keja diaorng nie..nati lalu kat kawasan awam bukan main berlagak lg tentera..

Kenapa awak tak tolong hantar kan? Kalau dah tau semua org tak tolong antar? Kalau baru balik kenduri mesti ada kenderaan kan? Yg berdiri keliling tu pun sama aje...

nk minta tolong pn susah ke, rakyat maalaysia oiii.. Dalam gambar di atas tu, ada sebijik keta merah tu, x kn tak kboleh bawak ke hosp ngn kete tu. Kesian depa, klu la terjadi kat keluarga depa mcm mna la agaknya..

bodo gila orang kampung ni diorang lebih penting benda yang accident daripada orang accident

askar tu bukannya hishamudin yg jaga lah doh... zahid hamidi lah

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS