Dari video ini, Karam Singh Walia telah dipaksa untuk memohon maaf kepada masyarakat melayu islam diatas kata2nya "Orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia", yang telah menjadi sensitivti perkauman, kemungkinan Karam sedang mabuk, tetapi apa yang menimbulkan permasalahan, budak-budak melayu yang menjadi samseng menunjukkan kebiadaban mereka keatas orang tua, dan memalukan kaum sendiri dengan tindakan yang amat memalukan.
Facebook Video Embed Tools
Video ini diperolehi dari Youtube (Sumber Asal).
Kejadian ini dipercayai terjadi di sebuah Restoran Al-Bidayah Klang, Karam Singh Walia yang terkenal dengan Peribahasa Alam Sekitar telah diugut, dipaksa untuk memohon maaf mengenai percakapannya yang sensitif, tetapi dari komen yang ditunjukkan di youtube, kebanyakkannya tidak berpuas hati dengan anak melayu yang berpewatakan seperti samseng.
Jika isu ini mengandungi sensitiviti kaum, ianya masih boleh dibawa berbincang, bawa sekali wakil rakyat apa semua atau "cerita balai" ke lebih bagus, bukan dengan cara menyelesaikannya di kedai mamak dengan merakam video menggunakan handphone dengan pukulan menjadi ugutan dan penyelesaian dari "payung satu kedai ditambah pula dengan carut-mencarut"., tindakan ini sungguh memalukan, tiada sifat profesional dalam menyelesaikan satu-satu masalah, apa yang tahu hanyalah gaduh dengan membawa ramai konco-konco.
Apa nak jadi dengan bangsa melayu? jadi samseng? bukan ini caranya untuk menjadi hebat dia pandangan masyarakat, tetapi dipandang seperti manusia yang tidak bijak, sungguh pun jika betul Karam itu sendiri sedang mabuk, tidak perlu untuk mengugut, anda sendiri tahu orang yang mabuk itu bukan dalam keadaan dirinya yang sedar.
-Terbakar Api, Nampak Asap,
Terbakar Hati, Siapa Yang Tahu!-
19 Komen
ish ish... at least hormat la org tua kot bebudak oi... bangsa melayu x penah ajar kite kurang ajar kan...
"bukanlah yang kuat itu kuat bergaduh, tetapi yg kuat itulah yg dpt menguasai diri mereka ktika marah"
at least karam da minta maaf so maafkan je la..yg nk pjg citer pesal..sedangkan nabi pon ampunkan umat..
banyak kali dengar karam mintak maaf...patut nye habis la kat situ...
nasib baek ade org lain kat sana..klu x,x tahu la ap dorang ni nak buat kt dy...
camtu ke 1 Malaysia? salah sikit dah nak mengamuk 1 kampong...jd betul la ckp dy tu melayu bukan dari Malaysia atau Indonesia sbb sume dah tunjuk belang
melayu mudah lupa... aku tak faham, walaupun aku bangsa melayu, tapi aku sendiri malu dengan bangsa aku sendiri... berlagak kuat, sebab ramai... berlagak samseng sebab ade pertubuhan..... hmmmm... yang kuat xsemestinya menindas yang lemah... kalau ikut sejarah sendiri, asal usul melayu ni still query lagi... pasal tu pun nak berbalah lagi???
"andai ade tersilap bahasa, harap dimaafkan, hamba datang sekadar menjenguk, yang salah tetap salah, ... rimau di kananku, naga dikiriku..."
dia dah minta maaf dah ahh. aku pun melayu jugak. bajet sangat sebab ramai geng. tahpape ahh. mengaji smpi pmr je ke. hadoii
apela melayu cmni..memang memalukan la.....adoiyaii...
xsekolah ke ape....kalau mak bapak tgk anak dorg cmni mesti malu...
hormat l sikit kt org tua2 kt situ.... bajet power sgt....
kalau org dah mabuk memang la cmtu...xtauke? mcm baru kuar tempurung je budak2 ni....haishh...
kalau ye pun marah, bertempat la jgak, bia kne cara....balai polis kn ade...sengall!!
mcmla melayu xde yg kutuk2 bangse lain, tu xmabuk tu dah kutuk, kalau mabuk ntahla....sedar la wei...kite wat orang, satu ari org wat kt kite balik cmtu xpun kt ahli keluarga kite....nk ke cmtu?? adoyaii.....g masuk sekolah balik la blaja akhlak ngn sivik...
aku pun org mlayu gak tp malu bile tgk video ni....astaga.....
sy sedey tgk keadaan karam mcmni..=(
telajak perrahu boleh la diundurkan tetapi telajak kate nasib mulut tu x masuk meja papan...hehehehe
orang melayu memang bodoh dab samseng dari dulu lagi.
x pernah nak berubah
dan untuk pengetahuan anda, saya seorang melayu dan saya malu dengan bangsa saya sendiri
bagus juga si singh tu kena macam tu..balai polis?? kau tengok kes sosilawati.. berapa ramai sangat melayu ni yang kaya? baru tumbuh satu dah kena sabit ngan keling. kes tak boleh settle lak tuh...melayu dah lama sangat berlembut. melayu dah lama sangat kena pijak.. melayu gangster? kurang ajar? kalau betul aku ingat india & cina tak boleh carik makan kat malaysia ni..sebab kita lembut la dorang boleh carik makan, boleh kaya, boleh kulikan balik bangsa kita...jgn jadi bodoh la.sesapa yang rasa malu jadi melayu, korang buang je la bin kat nama korang tuh. malu ngan bangsa sendiri, banggakan bangsa laen. HIDUP MELAYU DI TANAH MELAYU YANG BERDAULAT. ALLAHUAKBAR
Ini sikap org melayu yg tak profesional..nk tegur org bkn dgn cakap mcm ni..tu dah tunjuk sikap negatif..kalau diri kita nk tegur keburukan org len jgn la plak kita g tnjuk keburukan diri..
hak, eleh...yg melayu 2 ekor melalak kat belakang tu mmg xde adab...buat malu bangsa je..kalau aku ada sedara mcm tu pn, rela x mngaku sedara la..
apasal kecoh sangat budak2 yang kat belakang tuu ? cakap benda2 kesat sgale? dah pike bagus ?
sakai , ni ke nama nye masayarakat aman damai ? haduuhh ,
Alahai kenape la marah macam tu sekali, karam sigh walia cakap mase mabuk kan? (ikut pe yg sy dgr dr video) sebab tu la Islam haramkan kite minum arak, sbb bile minum arak, kite akan lupe diri. Jadi, saudara yang tidak mabuk itu, jgn la mcm org mabuk, jerit2, kami orang melayu lain malu dgn tindakan anda. Jangan diikutkan sgt la nafsu ammarah tu.
asalah dak2 melayu tu belagak sgt... show some respect la law x nk org kate bende2 x elok kat owg melayu...
think twice b4 do something la... kan dak2 melayu tu je... semua pihak pown same
aku melayu,tapi aku malu ada MELAYU yang bertindak seperti bangsa yang tidak ada tamadun. aku akui apa yang dikatakan oleh karam sigh walia sedikit menyentuh sensitiviti kaum, tapi sebenarnya benda ni boleh dibawa berbincang, tak payah nak guna kekerasan. mana perginya sifat hormat menghormati dalam kalangan rakyat MALAYSIA? apa yang aku tengok dalam video ni, orang muda dah hilang rasa hormat pada yang tua. tu pendapat aku la, setiap individu ada pendapat masing.
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS