Sayang Betul Maria Farida Pada Shahz Jaszle Di Twitter
Shahz Jaszle Jelaskan Hubungan Cinta Dengan Maria Farida
PETALING JAYA: Pelakon kacak, Shahz Jaszle menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan aktres jelita Maria Farida selepas gambar mereka yang dilihat agak mesra tersebar.
Shahz memberitahu hubungan mereka hanya sekadar rakan artis dan menganggap Maria Farida sebagai artis senior yang dikagumi.
"Saya dengan kak Maria tidak bercinta, saya kagum dan hormati dia sebagai rakan artis yang banyak pengalaman. Dia banyak beri tunjuk ajar dalam lakonan saya.
"Tentang gambar itu kami sekadar mengambilnya untuk suka-suka ketika di lokasi penggambaran, kami rapat kerana sering berlakon bersama iaitu dalam drama Asmara dan Bola Cinta baru-baru ini," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Shahz juga memberitahu gambar tersebut diletakkan pada profil telefon BlackBerry Messenger (BBM) miliknya tanpa sebarang niat atau memberitahu tentang sesuatu hubungan istimewa.
"Saya tak sangka ia boleh menjadi isu, saya fikir ini hanya sekadar suka-suka. Tentu dia marah jika dapat tahu berita tidak benar ini. Saya memang tidak ada apa-apa hubungan dengannya selain rakan kerja," katanya.
Dalam pada itu pelakon drama Asmara ini memberitahu dia gembira dengan sambutan penonton terhadap drama tersebut.
"Banyak maklum balas yang baik saya terima dari drama Asmara itu. Alhamdulillahlah rating juga semakin meningkat. Ramai juga yang panggil saya di luar dengan nama abang Asmara," jelasnya.
Dalam pada itu, Shahz memberitahu terpaksa memotong rambutnya untuk drama terbaru terbitan TV Hijrah. Dia bakal memegang watak seorang budak nakal yang baru pulang dari luar negara yang akhirnya insaf.
"Watak kali ini sedikit berbeza, saya seorang budak yang nakal baru pulang belajar dari luar negara. Memiliki sebuah keluarga yang kaya raya, namun kejadian demi kejadian dia mula insaf sehingga merubah dirinya menjadi seorang ustaz,
"Untuk drama 12 episod ini saya sudah memotong rambut, memang rasa sangat sayang sebab saya sudah biasa tampil dengan rambut panjang, tapi terpaksa kerana kerjaya," katanya yang sedang menjalani penggambaran drama Mistik Alam Hitam. - mStar
p/s:"kata Shahz tak minat sama awek Melayukan?"
1 Komen :
peh.....
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS