Jumpa Ular Cedera Dekat Penjara Pudu

penjara pudu ular

KUALA LUMPUR: Seekor ular sawa sepanjang hampir lima meter dan seberat lebih 100 kilogram ditangkap sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) di tinggalan bangunan Penjara Pudu, di sini, pagi semalam.

Jurucakap JPAM berkata, ular itu dikesan selepas berlengkar di atas pagar tembok bekas penjara berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi.

Menurutnya, ular itu yang dipercayai berusia lebih 20 tahun ditemui sekumpulan pekerja buruh yang bertugas di tapak binaan berhampiran penjara berkenaan.


“Tiga anggota yang tiba ke lokasi kejadian mengambil masa hampir 30 minit untuk menangkap reptilia itu,” katanya.

Menurutnya, ular itu keluar dari sarang persembunyiannya akibat kelaparan berdasarkan keadaannya yang lemah dan tidak terlalu agresif ketika ditangkap.

“Malah ketika ditemui, sebahagian daripada ekor ular itu putus dan cedera berkemungkinan akibat bergelut dengan haiwan lain. Sebaik diikat pada mulutnya, ular itu dimasukkan ke dalam guni,” katanya.

Menurutnya, ular sawa itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut kira-kira jam 11.30 pagi. - MyMetro

Mungkin ular itu penjaga penjara pudu kot?

1 Komen :

agak2 da bape lame ular tu kt situ yer?
sebelum penjara pudu tutup agak2 da de ker ular nie?
de x kes banduan yang hilang tanpa dpt dikesan?
kot2 la kena mkn dgn ular nie...

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS