Syarikat Jualan Langsung AC Mizal Disyaki Tiada Lesen Jualan Langsung.



Syarikat Jualan Langsung Selebriti Tiada Lesen?
KUALA LUMPUR 10 Nov. - Syarikat jualan langsung yang diasaskan oleh seorang selebriti terkenal tanah air dipercayai beroperasi tanpa lesen Akta Jualan Langsung 1993 seperti diwajibkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Syarikat pembekal gelang dan rantai magnetik kesihatan yang telah beroperasi sejak setahun lalu itu seharusnya memohon dan memiliki lesen tersebut berdasarkan konsep perniagaan berbentuk jualan langsung dijalankan.

Bagaimanapun, semakan Utusan Malaysia dalam laman web kementerian itu tidak menemui nama syarikat dalam senarai 'Syarikat Yang Pernah Memohon Lesen Di Bawah Akta Jualan Langsung 1993' sehingga 2 November lalu.

Sumber kementerian itu memberitahu, pihaknya telah memulakan siasatan dan memantau rapi kegiatan syarikat tersebut berikutan aduan orang ramai.

"Kementerian sedang menyiasat syarikat itu yang didapati menjalankan perniagaan berkonsepkan jualan langsung tetapi tidak memiliki lesen diwajibkan.

"Kami sedang mengumpul kesemua aduan disalurkan oleh orang ramai dan siasatan dilakukan berdasarkan maklumat yang diterima," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Utusan

Gambar@OhBulan
Artikel@Utusan

Artikel berkaitan isu "Gelang AC" di blog telah dikeluarkan sementara untuk mengelakkan kemasukkan komen-komen berbaur fitnah.

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS