Peguam Maut Diserang Empat Lelaki Di Rumahnya Di Ipoh


IPOH: Seorang peguam terbunuh selepas diserang empat lelaki masing-masing bersenjatakan sebilah pisau di rumahnya di Desa Rishah, di sini petang semalam.

G.Balasunderam, 57, yang mengalami cedera parah, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada jam 9 malam akibat pendarahan yang banyak.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata, kejadian berlaku pada 6 petang semalam ketika mangsa baru pulang ke rumah dari pejabatnya di sini.

"KIetika mangsa keluar dari keretanya, empat lelaki masing-masing bersenjatakan pisau menyerang menyebabkan mangsa jatuh dan mengalami cedera parah di seluruh badan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, keempat-empat lelaki berkenaan kemudian melarikan diri dengan menaiki dua buah motosikal.

"Isteri mangsa L Puspha, 48 yang berada di rumah ketika itu, terkejut melihat kejadian dan segera membawa suaminya ke hospital," katanya.

Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan setakat ini belum ada tangkapan dibuat.

Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen di talian 05-2451222 untuk membantu siasatan. - Bernama

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS