TV3 Di Denda RM50,000 Kerana Iklan Sinari Lebaran

22/10/2010
KUALA LUMPUR 21 Okt. - Stesen televisyen TV3 dikenakan denda maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyiarkan iklan Sinari Lebaran sempena Hari Raya Aidilfitri lalu yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, SKMM telah menyiasat aduan orang ramai berhubung iklan itu dan mengambil tindakan terhadap TV3.

"Tindakan diambil mengikut Seksyen 206 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika menjawab soalan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) yang ingin mengetahui tindakan yang telah diambil terhadap TV3 berhubung penyiaran iklan itu, di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Zulkifli berhubung tindakan pendakwaan yang tidak dilakukan terhadap Wee Meng Chee atau Namewee kerana menghasilkan klip video berbaur perkauman, Joseph berkata, kementerian itu telah mengambil tindakan sewajarnya.

"Tetapi SKMM tiada kuasa untuk membawa ke mahkamah dan hanya boleh memberi siasatan kepada Peguam Negara. Itu terpulang kepada Peguam Negara untuk memutuskan," katanya.

Joseph berkata, penguatkuasaan berkaitan hasutan agama dan perkauman menerusi media elektronik dan siber terkandung di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kesalahan di bawah akta itu bukan hanya tertumpu kepada kandungan artikel yang ditulis dan disiarkan dalam laman-laman itu oleh pemilik laman atau penulis yang menghantar penulisan mereka ke laman tersebut.

"Malah, pengunjung yang melawat laman itu yang berinteraksi serta menghantar komen yang menyentuh agama dan perkauman juga adalah mereka yang melanggar undang-undang," katanya.

Semoga TV3 tidak mengulangi kejadian seperti ini.

2 Komen

ada baca post ni kat blog lain..

mmg patut pun..tp rasanya mcm ada sesetgh pihak sengaja buat gitu..mungkin nak menghina islam, dsb..

macamana dengan Wee Meng Chee atau Namewee yang gagal diambil tindakan? Kebal sangatkah dia ni sehinggakan pihak berkuasa pun macam dah tak ada KUASA!

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS