Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi di Ladang Rubana itu, mangsa M Divya, 16, yang juga pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Horley Methodist, ditemui mati tertiarap tanpa pakaian dipercayai dirogol.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, pihaknya tidak menemui sebarang senjata tajam di lokasi kejadian dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, bapa mangsa, K Murali, 43, yang juga pengawal keselamatan di ladang berkenaan membuat satu laporan polis kelmarin bagi memaklumkan kehilangan gadis terbabit.
“Mengikut laporan itu, mangsa keluar ke sekolah kira-kira jam 7.30 pagi semalam (kelmarin) sebelum ke kelas tambahan di pekan Teluk Intan dan tidak pulang ke rumah seperti biasa sehingga membimbangkan bapanya,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.
Katanya, bapa mangsa mendakwa melihat Divya memasuki ladang berkenaan selepas turun dari bas menuju ke rumah yang terletak kira-kira 500 meter dari pondok pengawal tempatnya bekerja.
Saksi kejadian memaklumkan menemui beg dan pakaian mangsa terlebih dalu sebelum menemui mayat mangsa dalam parit.
Katanya, beg mangsa ditemui kira-kira 10 meter dari tempat mayat mangsa ditemui, manakala sebahagian pakaiannya ditemui di tepi parit tidak jauh dari situ. “Pihak Jabatan Forensik dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) turut dikerah ke tempat kejadian bagi mengesan sebarang bukti yang boleh mengaitkan kematian mangsa. Mayat sudah di hantar ke Unit Forensik Hospital Teluk Intan (HTI) untuk bedah siasat,” katanya.
Katanya, tiada sebarang tangkapan dibuat, namun seorang remaja yang juga rakan sekelas mangsa dipercayai bekas teman lelakinya dipanggil untuk membantu siasatan. - MyMetro
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS