Liu Wei, 23, berjaya memikat penonton ketika memainkan lagu James Blunt, You're Beautiful dengan jari kakinya dalam peringkat akhir ‘China’s Got Talent’ di Stadium Shanghai pada Ahad lalu.
Kejayaan Liu kini dibandingkan dengan Susan Boyle, wanita Scotland yang menjadi fenomena antarabangsa tahun lalu apabila dia menarik perhatian pengadil dalam program ‘Britain’s Got Talent’ melalui persembahannya ‘I Dreamed a Dream’ daripada teater klasikal Les Misérables.
Liu yang berasal dari Beijing hilang kedua-dua belah tangannya ketika berusia 10 tahun selepas menyentuh wayar bervoltan tinggi ketika bermain sorok-sorok mengalahkan peserta akhir lain termasuklah Zhang Fengxi, pelawak berusia tujuh tahun yang meraih tempat kedua.
Liu menyentuh hati penonton dalam stadium dan penonton TV apabila dia berkata: “Sekurang-kurangnya saya mempunyai sepasang kaki yang sempurna.”
3 Liu juga menggunakan jari kaki untuk mengakses komputer, makan, memakai pakaian dan memberus gigi.
Liu mula bermain piano ketika berusia 19 tahun bagi memenuhi impiannya sejak kecil untuk menjadi pemuzik. Guru pertama yang mengajarnya tidak mahu meneruskan kelas kerana menyangka mustahil untuk Liu bermain piano menggunakan kaki. - MyMetro
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS