Gambar Penyokong Kelantan Meninggal Dunia Selepas Menonton Bola!

SHAH ALAM 12 Okt. – Seorang penyokong meninggal dunia sebaik sahaja selesai menyaksikan perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam, di sini hari ini.
Gambar Penyokong Kelantan Meninggal Dunia Selepas Menonton Bola!
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Nor Azam Jamaluddin berkata, kematian lelaki tersebut yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dipercayai akibat sesak nafas.

Beliau berkata, walaupun berlaku kekecohan antara penyokong kedua-dua pasukan tetapi kematian lelaki itu tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kekecohan itu.
Gambar Penyokong Kelantan Meninggal Dunia Selepas Menonton Bola!
“Allahyarham yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berasal dari Bachok, Kelantan meninggal dunia setelah dia mengadu sesak nafas sebelum pengsan di tempat letak kereta di Stadium Shah Alam.

“Rakan-rakannya dan juga pasukan paramedik yang dikejarkan ke tempat kejadian, bagaimanapun gagal menyelamatkan mangsa dan dia disahkan meninggal dunia,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.Gambar Penyokong Kelantan Meninggal Dunia Selepas Menonton Bola!
Menurut Nor Azam, ketika perlawanan sedang berlangsung lagi, Allahyarham Che Karma telah mula mengadu sesak nafas dan dia telah dibawa berjumpa dengan paramedik untuk mendapatkan rawatan.

Jelasnya, keadaan Allahyarham selepas itu kembali pulih, sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya di tempat letak kereta.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kekecohan di Stadium Shah Alam, beliau memberitahu, tiada pergaduhan yang serius berlaku antara penyokong kedua-dua pasukan ketika di dalam stadium.
Gambar Penyokong Kelantan Meninggal Dunia Selepas Menonton Bola!
“Namun, sekiranya pergaduhan tercetus setelah mereka keluar dari perkarangan stadium ia di luar kawalan pihak berkuasa,” katanya.

Pada perlawanan tersebut, seramai 300 anggota penguatkuasa yang terdiri daripada anggota polis, pasukan Rela dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan mengawal ketenteraman di dalam stadium.

Artikel@Kelate.Net
Gambar@Theredwarriors.Com
Al-fatihah kepada simati...

5 Komen

rasa mcm sia2 pula mati krn tgk bola...apa2pun moga2 Allah rahmati dia..

erm..chatbox xde kat cni ye?

hanakir.. arwah bkn mati sbb gado.. jgn keluarkn kenyataan yg dungu ok, sila baca dlu laporan baru la komen..

Salam.. Panas2 lagi nih!!... Gambar Penyokong Selangor ditumbuk penyokong Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke 4 semalam!!! Mesti tengok punye gamabr bro!!!

xfaham kenapa org luar suka sangat kutuk org kelantan... sampai isu gini pun nak kutuk gaks...xper la...sabar aje

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS