Oleh kerana hari ini ramai yang akan pulang ke kampung halaman, bom321 mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat, tidak lupa juga kepada pengunjung Blog BOM321, ampun dan maaf sekiranya anda tersinggung dengan posting-posting yang terdapat dalam blog ini.
Kepada yang balik kampung, jangan pandu laju-laju, kalau yang pakai Kancil tu, jangan pula berangan tengah ppandu Evo pula, keh keh keh, (gurau2 ramadhan).
Kepada budak-budak, jangan main mercun, simpan duit tu, mana tau lepas raya nanti PSP turun harga ke, boleh la beli nanti.
Kepada Atuk2 dan Nenek2, jangan lupa ketupat, lemang, rendang dan dodol, pastikan ianya mencukupi dan sedap.
Kepada yang kaya-kaya tu, jangan nak kedekut sangat letak duit dalam angpau rm2 je, sekarang barang dah naik harga, letak dalam angpau biar rm5 ke rm10 ke, atau kalau mahu nama anda disebut2 selalu, letak je rm50 atau rm100 dalam angpau.
Kepada kaki-kaki facebook, hari raya nanti tinggal-tinggalkanlah facebook ini beberapa hari, luangkanlah masa beraya ke rumah sedare-mare atau sahabat handai, jangan asik nak mengadap laptop 24jam.
(Jangan lupa "Like" disini BOM321 Fan Page)
Kepada blogger-blogger, Selamat Hari Raya kepada anda semua, jangan lupa postkan aktiviti dan suasana anda berhari raya.
SELAMAT HARI RAYA!!!!!!!!!!!!!!
2 Komen
slmt ari raya
Kad Raya untuk anda.
http://mazhar-gallery.blogspot.com/2010/09/selamat-hari-raya-ramadhan-berakhir.html
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS