Dari email yang kami terima:
Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan.. Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan.
Malah beliau terlebih dahulu menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak menayakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi. Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9). Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu.
* MB Negeri saya sendiri pun susah nak jumpa.. kecuali ada majlis rasmi yang ada
publisiti sahaja.
Artikel@InboxAdmin
17 Komen
terharu..huhuhuh...dato nik aziz mmg mesra rakyat..heee
dgn selambe kodoknya gua sharekan kat fb gua..:)
Tuan guru mmg cool.... sorry... aku bukan penyokong mane2 belah...
mcm ni la contoh pemimpin yg baik. susah nk jumpa org yg ada keperibadian mcm ni...
ni la contoh pemimpin yg bagus...miera xsokong mana2 pihak, tp contoh yg Tuan Guru tunjukkan ni, sangat bagus...
sungguh terharu......
kan bagus kalau semua menteri dalam malaysia macam nih...
tak ada org umno nak comment ka????
ni la buktinya keperibadian bkn berasaskan parti yg diperjuangkan.. tp sume tu dtgnye dari diri kita sendiri..
hebat tgna ni..mengalir airmata tengok cara dia zuhud
tak pyh nak disebut hal politik..itu kerja mereka..di luar..lain...ini la contoh...tak perlu nak disebut umno ke aper ke...tuan guru sendiri tidak menanyakan..malah di ajak untuk makan bersama...kite pon perlu mencontohinya..nih tidak..pergi je warung/restoran..sambil membaca akbar..memborakkan perihal politik lagi..bosan la...tidak salah berpolitik..tp kene tampat la..kene jaga perasaan orang lain juga...sekian..
btol gak tuh..kat warung tmpt aku..ckp pasal politik nih..ape ape lah..berbual depan depan tak jauh pon..tp gile kuat..mcm warung tuh die yg punye...yg best sruh perlahan skit..bole plak kate die bayar...mcm aku tak bole bayar plak la..adeh..mantelity org kite nih ssh nak ditafsir dan susah nak diperbetulkan...habit tak baik ...perlu diubah...tuan guru nih satu contoh yg baik..ckp pon lembut..perlahan je...respek.. :)
aku dgn bgga nyer menyokong sepenuhnyer tok guru, ade agama dan rendah diri, klu bkn yg mcm ni yg mcm ni lagi kita patut sokong, nk tggu kita sendiri nk dijadi kan pemimpin contoh, boleh ker jadi cam gini? renung2 kn, dan selamat beramal hehehe...
Sy pujilah TGNA sebagaimana yg di tuliskan dlm artikel di atas.. Tp jgn ingt semua pemimpin UMNO itu jahat @ sesenang dan sesuka hati dituduh kafir.. mungkin pemimpin UMNO tak m'agungkan slogan @ m'warkan kebaikan mereka kpd rakyat.. dari pengalaman saya sendiri.. sy mengikuti seorang ahli parlimen UMNO Sabah di airport utk ke kL.. dalam bergegas beliau untuk pelepasan sempat lagi beliau menghulur wang kat makcik tua smpai makcik tu terkejut (aku pn tekejut sama bahh) dan xsempat berterima kasih pun.. malah menghulur salam kpd saya barangkali tanda terharu dan mngucap terima kasih.. ini adalah sumbangan peribadi beliau. jadi jelaslah.. keikhlasan seorang pemimpin UMNO xperlu dipublisiti pun.. dan mmg bsedia membantu dan bsama rakyat tidak kira dr parti apa2 pun.. ;)
Bukan setakat ni je, ko pernah tgk rumah tuan guru nik aziz..cukup wasatiah..rumah kampung je..kalau tgk mesti tak caya tu rumah MB (m.youtube.com/watch?desktop_uri=%2Fwatch%3Fv%3Dxcnm8O1Cl5I&v=xcnm8O1Cl5I&gl=US)..cuba tgk kat MB lain..jgn kate MB, YB pun rumah dah macam istana..kat tempat aku (johor kubu BN) jadi ketua kampung pun dah jadi macam raja..rata semua sibuk berpolitik nawaitu semata nak kejar projek..proses pengkayaan harta..semata demi duit..mana ade ikhlas nak bela rakyat/bangsa..sebab tu sesama diorang pun sanggup bertikam sesama sendiri..
ajak Nik Aziz buat jamuan makan dngan Ustaz Azhar ..
tok guru mmg bagus~ kami pernah ajak beliau makan kenduri akikah~ walaupom lambat sedikit atas faktor kerja tetapi tok guru datang juga ke rumah kami~
saya cukup bangga dapat menjadi rakyat kelantan~ semoga tok guru panjang umur untuk membimbing kami yang masih remaja~ islam agamaku~
menangisla aku tgk tok guru..
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS