Minyak Sapi Jenama QBB Pure Ghee Tidak Halal

Minyak Sapi Jenama QBB Pure Ghee Tidak Halal
2010/09/04

KUALA LUMPUR: Pengguna beragama Islam diingatkan supaya tidak membeli dan menghentikan pengambilan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee yang sudah ditarik balik status halalnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 19 Ogos lalu kerana didapati mengandungi elemen yang meragukan.

Meskipun arahan untuk menarik balik barangan ini dari pasaran sudah dikeluarkan, namun berikutan permintaan tinggi bahan itu ketika Ramadan terutama menjelang sambutan Aidilfitri, pengguna dinasihatkan supaya memilih produk yang diyakini halal sebagai alternatif.

Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah, juga menggesa syarikat pengeluar produk berkenaan, QBI Packaging Sdn Bhd menarik balik semua produk itu dalam pasaran kerana ia boleh mengelirukan pengguna Islam kerana tanda halal masih ada pada produk itu walaupun sudah ditarik balik oleh JAKIM.
Kami menerima banyak aduan daripada pengguna bahawa produk itu masih di pasaran dan ramai yang keliru sama ada ia halal atau pun sebaliknya kerana masih ada logo halal JAKIM tertera pada produk berkenaan, katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berharap JAKIM dapat melakukan pemantauan rapi manakala syarikat terbabit dapat memberikan kerjasama dalam memastikan semua produk ditarik balik dari pasaran.

Artikel@Berita Harian
Banyak lagi produk di Malaysia ni tidak halal, tetapi tidak didedahkan atas alasan yang tidak munasabah!

4 Komen

Adoooi, minyak sapi ni ler byk org yg dah guna, masak beriyani ler, kedai mamak mmg pelanggan tetap tuh....parah-2 ya...dah bertan-2 masuk perut nih....

a'ah..dh sebati..aduuhh,lmbt btol tindakan nyer..nth2 bnyak ag yg tak halal..tp kte tak mengetahuinya

produk-produk yang dijamin halalkan banyak dah ada di pasaran yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat bumiputera Islam......Tangan-tangan yang harus bijak memilih......

ye lah ...dah la raya tahun ni sy buat biskut dr jenama ni gak...ades...dh hbis pun biskut d mkn...

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS