Pelajar Tahun Dua Cedera Kena Mercun!


22/08/2010 4:27pm

ALOR SETAR — Seorang pelajar tahun dua cedera di tapak tangan kanan apabila mercun bola meletup dalam tangannya, ketika bermain bahan api itu di rumah rakannya di Kampung Kubang Besar, Pokok Sena dekat sini.

Menurut bapa saudara mangsa yang enggan dikenali, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi semalam ketika mangsa yang berusia 8 tahun, sedang bermain bersama rakan-rakannya.

"Kejadian itu berlaku apabila mangsa mengambil semula mercun yang dibalingnya kerana tidak meletup, tapi mercun itu kemudiannya meletup dalam tangannya secara tiba-tiba,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pelajar Sekolah Kebangsaan Nawa itu pulang ke rumah sambil menangis dan memberitahu ibunya tentang kejadian itu sebelum dia dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah oleh jirannya untuk mendapatkan rawatan.

Bapa saudaranya berkata, anak saudaranya itu kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital berkenaan. — Bernama

Siapa yang harus dipersalahkan?

1 Komen :

hmm..men mrcun bg budak2 mmg la best..tp kalo leh elakkan la..2 tugas parents la

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS