24 Diragui Halal


KUALA LUMPUR: Pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati sebanyak 24 hotel yang menggunakan istilah bufet Ramadan dalam promosi menu mereka terbabit menggunakan bahan diragui halal.
Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata penemuan itu selepas pihaknya menjalankan pemantauan terhadap 34 hotel yang menawarkan sajian bufet Ramadan bermula 1 hingga 10 Ramadan di beberapa negeri.

“Semua pemeriksaan dan serbuan terbabit dilaksanakan di Kuala Lumpur, Pahang, Selangor dan Kedah. Hotel terbabit meliputi hotel lima bintang, empat bintang dan tiga bintang ke bawah.

“Dalam pemeriksaan itu, dua hotel memperoleh sijil halal Jabatan Agama Islam Negeri (Jain). Penemuan turut mendapati 24 hotel menggunakan bahan yang diragui halal.

“Antara hasil penemuan ialah penggunaan bahan mentah yang berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan percampuran bahan mentah halal dengan tidak halal di kawasan penerimaan (loading bay) dan stor penyimpanan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Pemantauan itu diadakan bagi memastikan premis berkenaan menyediakan makanan halal yang mematuhi hukum syarak. Di samping itu, meningkatkan kesedaran pihak berkenaan terhadap tanggungjawab dalam penyediaan makanan halal kepada pengguna Islam.

Wan Mohamad berkata, hasil pemantauan itu juga didapati 70 peratus daripada keseluruhan premis terbabit tidak memenuhi keperluan piawaian Pensijilan Halal Malaysia. “Promosi bufet Ramadan yang ditawarkan tidak menepati Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan Halal) 1975.

“Namun, semua pihak premis memberikan kerjasama dan maklum balas baik sepanjang proses pemantauan ini dijalankan. “Mereka juga menyatakan minat dan kesediaan untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada Jakim dan Jain,” katanya.

Beliau berkata, Jakim akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di hotel terbabit sepanjang Ramadan. “Semua hotel diingatkan tidak menyalahgunakan terma bufet Ramadan yang boleh memberi kekeliruan kepada pengguna yang mengunjungi hotel bagi berbuka puasa.

“Maklumat lanjut berkenaan pensijilan halal bolehlah melayari laman web halal di www.halal.gov.my,” katanya. -MyMetro


Hati-hati ketika memilih juadah berbuka puasa!

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS