Pengetua Sekolah Terbunuh Dalam Nahas Jalan Raya


IPOH - Seorang pengetua sekolah dan seorang pemandu lori terbunuh dalam kemalangan berasingan di Taiping dan Kampar semalam.

Ketua Polis Trafik Perak, Supritendan Wan Abdullah Ishak berkata, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bayor, Selama, Latifah Ahmad, 49, terbunuh selepas kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh tempat menunggu bas di Kilometer 21.5 Jalan Taiping-Selama pada pukul 4.50 petang.

Ketika kejadian, Latifah sedang dalam perjalanan dari sekolah ke rumahnya di Kamunting.

Dalam kejadian di Kilometer 300.9 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kampar, seorang pemandu lori terbunuh selepas merempuh belakang sebuah lori lain pada pukul 10.30 malam tadi.

Wan Abdullah berkata, Hairul Tahir, 26, berasal dari Batu Pahat, Johor meninggal dunia di tempat kejadian akbiat cedera parah di kepala.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika Hairul yang membawa lori bermuatan cermin, dari arah selatan dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu merempuh belakang lori yang membawa muatan beras. - Bernama

1 Komen :

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS