Kereta Putus Dua, Warga Myanmar Maut.

19/07/2010 9:12pm

LUMUT – Seorang warga Myanmar maut, manakala dua rakannya yang cedera parah hampir rentung dalam satu kemalangan ngeri membabitkan dua kereta di Batu 8, Segari dekat sini.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd. Jamil Osman berkata, kejadian itu berlaku 5.45 petang semalam ketika semua mangsa, yang menumpang sebuah kereta yang dinaiki dua lelaki tempatan, dalam perjalanan ke Kampung Koh, Sitiawan.

"Kejadian berlaku kira-kira jam 5.45 petang betul-betul di hadapan Balai Polis Segari. Kereta jenis Proton Wira yang dipandu oleh lelaki tempatan berusia 20 tahun itu terputus dua di tempat kejadian akibat bertembung dengan sebuah lagi kereta dari arah bertentangan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, dikenali sebagai Aung Gyi, 49, manakala dua rakannya yang cedera parah di mata, muka dan kaki dikenali sebagai Naung Naung Lwin, 28, dan Aung Ho, 33, kini dirawat di Hospital Seri Manjung (HSM).

Mohd. Jamil berkata kedua-dua warga tempatan berusia 20 dan 22 tahun yang merupakan pemandu serta penumpang hadapan kereta berkenaan, bagaimanapun hanya cedera ringan.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kereta yang dinaiki mangsa dikatakan cuba mengelak sebuah motosikal yang menyeberang jalan, sebelum masuk ke laluan bertentangan.

"Dalam masa yang sama, sebuah kereta jenis Toyota dari arah Seri Manjung ke Pantai Remis bertembung dengan kereta dinaiki mangsa.

"Kerana jarak yang dekat, kemalangan itu mengakibatkan kereta jenis Proton Wira terputus sebelum mangsa tercampak keluar,” katanya. – Bernama

1 Komen :

waaa...dahsyat...sampai putus..kete potong kot..

DEODORANT

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS