Ditembak 13 Kali


CHERAS: Seorang pemilik disko dan teman wanitanya yang baru meletak kenderaan pacuan empat roda milik mereka di sebuah kondominium di Taman Maluri, Cheras di sini, mati selepas ditembak lebih 13 kali dari jarak dekat, awal pagi semalam.
Kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu dilakukan dua lelaki dipercayai pembunuh upahan. Mangsa, Wong Kong Chun, 51, dan teman wanitanya, Leong Yan Chen, 32, mati dalam keadaan berlumuran darah di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan kereta Honda CRV dinaiki mereka.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairy Ahrasa, berkata suspek dipercayai menunggu mangsa di tempat meletak kenderaan berkenaan sebelum membunuh pasangan kekasih itu.

Menurutnya, polis menemui kira-kira 13 kelongsong peluru dipercayai milik penjenayah di tempat kejadian dan kesan tembakan kelihatan di beberapa bahagian kereta, badan serta kepala mangsa.

“Berdasarkan kesan luka tembakan pada tubuh mangsa, tembakan itu dilepaskan dari jarak kurang 10 meter melalui cermin sisi kenderaan.

“Berdasarkan laporan, pengawal keselamatan di kondominium itu sempat melihat dua lelaki melarikan diri dengan memanjat pagar belakang kondominium selepas mendengar beberapa das tembakan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, polis mendapatkan rakaman kamera litar tersembunyi (CCTV) yang mengandungi rakaman kedua-dua suspek melarikan diri.

Beliau berkata, polis tidak menolak motif kejadian ada kaitan dendam walaupun siasatan awal mendapati dompet dan dua rantai emas milik kedua-dua mangsa itu hilang.

“Kes pembunuhan kejam itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

Khairy Ahrasa berkata, mayat pasangan terbabit dihantar ke Bilik Mayat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat-MyMetro

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS