KUALA LUMPUR: Alat sulitnya bernilai RM15,000, 16 batang giginya RM10,000, punggungnya RM12,000, manakala payu daranya pula RM5,000. Jika termasuk hidung, dagu dan kos menambahkan lagi kewanitaan dan kejelitaan, keseluruhannya lebih RM100,000.
Mahu dikenali sebagai Lisa Aziz, 30, dia mendakwa puas dan gembira dengan apa dimilikinya hari ini selepas menggantikan alat sulitnya menerusi pembedahan menukar jantina di Bangkok, Thailand, 10 tahun lalu.
Walaupun sedar perbuatannya menyalahi hukum agama, dia rela melakukannya kerana tidak sanggup menjadi lelaki.
“Saya dilahirkan sebagai lelaki tetapi sejak zaman kanak-kanak, naluri saya lebih kepada wanita. Saya tidak mampu membendung naluri itu dan sentiasa berusaha menjadi wanita.
“Saya bercampur dengan golongan yang sealiran dan mula belajar banyak perkara untuk mengubah diri menjadi wanita. Pada usia 13 tahun, saya memulakan langkah pertama dengan mengambil pil hormon,” katanya.
Sejak itu dia menyimpan impian merubah sepenuhnya diri menjadi wanita dengan melakukan pembedahan sedikit demi sedikit; bermula daripada mencantikkan gigi, mewujudkan payu dara, memancungkan hidung, meruncingkan dagu hinggalah kepada memantapkan punggung.
Lisa berkata, semua pembedahan dilakukan di Bangkok untuk mendapatkan hasil terbaik selain harga lebih murah berbanding di negara ini.
“Gigi, payudara, hidung dan dagu, saya lakukan pembedahan sekali saja. Untuk punggung, saya melakukannya (pembedahan) dua kali. Sekali bedah punggung, saya berhabis RM6,000.
“Kalau awak nak tahu, untuk payudara, saya tidak memasukkan silikon, sebaliknya sejenis cecair dengan kos RM5,000. Namun, selagi tidak menukar jantina, saya tetap tidak puas hati, malah tertekan, terutama ketika melihat alat sulit lelaki masih terlekat di anggota badan,” katanya.
Menurut Lisa, pada 2000, selepas cukup modal dan menemui hospital terbaik untuk melakukan pembedahan menukar jantina, dia berangkat ke Bangkok untuk berubah menjadi wanita.
“Tiada perasaan takut kerana memang itu (menukar jantina) yang saya mahu. Ketika itu saya yakin hospital yang saya pilih adalah yang terbaik kerana sebelumnya saya berhubung dengan doktor pakar yang melakukan pembedahan berkenaan selama empat bulan,” katanya sambil mendakwa alat sulitnya berfungsi seperti wanita lain, cuma berbeza dia tidak boleh mengandung.
Dakwanya, selepas menukar jantina dan berubah sepenuhnya menjadi wanita, ramai lelaki menagih cinta daripadanya, termasuk suami orang.
Lisa mendakwa alat sulitnya berfungsi seperti wanita lain, cuma yang berbeza dia tidak boleh mengandung.
“Saya merasai rangsangan pada alat sulit saya. Saya beroleh nikmat ketika melakukan seks dengan lelaki. Tapi, prinsip saya tidak akan mengganggu suami orang, masalahnya ramai golongan itu datang kepada saya, tetapi saya tidak layan.
“Lelaki bujang jangan cakaplah. Ada yang datang menangis, malah melutut pun ada semata-mata mahu menagih cinta daripada saya,” katanya.
Baginya, dia hanya melakukan apa yang dirasakan terbaik untuk dirinya.
Dia tidak pedulikan pandangan negatif masyarakat dan gembira dengan apa dilakukannya serta belum terfikir untuk berubah.
“Saya tidak kacau orang. Saya hanya melakukan sesuatu yang menggembirakan diri saya. Apa yang saya lakukan adalah hak peribadi saya,” katanya.
Ditanya bagaimana jika dijemput Ilahi kelak? Lisa mendakwa keluarganya tahu apa yang dilakukannya.
“Saya berpesan kepada keluarga, apabila ajal tiba, kebumikan saya dalam keadaan asal (lelaki). Saya sedar ada kes ‘wanita’ seperti saya dikebumikan sebagai wanita selepas tiada siapa tampil membuat pengesahan.
“Kes seperti itu hanya berlaku kepada mereka yang hidup bersendirian. Saya ada keluarga dan mereka tahu siapa saya,” katanya.
Walaupun mengakui keluarga menerimanya, dia tetap menerima tentangan pada awalnya.
Keluarga memahami saya kerana saya bukan ‘suka-suka’ mahu menjadi wanita. Memang keluarga, terutama ibu, merelakan saya menjadi wanita tetapi tidaklah sampai tahap menukar jantina.
“Namun, saya tetap melakukannya (menukar jantina). Apabila saya beritahu keluarga, mereka terkejut, namun lama kelamaan saya diterima seadanya,” katanya.
sumber:myMetro
10 Komen
nauzubillah..
apesal xdpt tgk muka..huhu
Wasiat agar dikuburkan sebagai lelaki? cam mana tu erk? kan dia dah buang 'kelakian' dia? nak pasang balik ker?
taubatla sblm terlambat..
uik nabi xmengaku umat nih...
ntah pape je orang nih. kalau khunsa takpe jugak
ntah pape je orang nih. kalau khunsa takpe jugak
adoyai..ape nak jadi la manusia sekarang ni. dah jadi lelaki, nak jadi pompuan. dah jadi pompuan nak jadi lelaki pulak. Dunia2.. Nak salahkan mak bapak pun takleh gak. Mak bapak dah bagi ilmu yang sepatutnya, tapi kalau pemikiran tu dah ke laut, tak dapet nak nolong laa..
kesian tgk manusia zaman sekarang.
tapi dia tatau. nikmat yang perempuan rasa tak sama dengan nikmat yang dia rasa. sebab perempuan normal ada rahim. pangkal rahim tu tersangat sensitif. dia cuma rasa zakar melalui alat sulit. tapi dia tak rasa kenikmatan zakar menyentuh pangkal rahim.
ini saya ada baca dalam 1 petikan doktor mengenai 'perempuan' ni.
hmm arap2 cepat bertaubat sebelum ajal
klaw da nme laki2 tu, buat la care laki2.. isk2.. ni nk tuka2 jantina plak.. skrg die mmg la epi.. esok2, lg 20 tahun akan dtg. br nk menyesal? huh
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS