Pelajar Tumbuk Muka Cikgu

tumbuk muka
KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah di ibu kota bukan saja dimaki-hamun pelajarnya, malah turut ditumbuk berulang kali pada muka menyebabkannya mengalami kecederaan.
Difahamkan, dalam kejadian Isnin lalu, pelajar tingkatan satu berusia 13 tahun terbabit hilang kawalan selepas didenda guru itu kerana tidak membawa buku teks mata pelajaran diajarnya.

Semuanya bermula kira-kira jam 12 tengah hari apabila guru berusia 24 tahun itu mengarahkan pelajar tertabit keluar dari kelasnya dan berdiri di hadapan pintu sebagai hukuman.

Menurut sumber, pelajar terbabit dalam keadaan marah keluar dan berdiri di hadapan kelasnya sambil mencaci guru berkenaan.

“Bagaimanapun, guru berkenaan tidak mengendahkan tindakan pelajar terbabit dan meneruskan sesi pembelajaran,” katanya.

Sumber itu berkata, sikap biadab pelajar itu berterusan apabila dia cuba mengeruhkan keadaan dengan mengganggu pelajar lain yang mengikuti pembelajaran.

“Setiap kali ditegur guru berkenaan, pelajar terbabit memaki-hamun mangsa menyebabkan keadaan tegang seketika. Bukan sekali dua ditegur, guru berkenaan menegurnya lebih 10 kali, namun dia masih berdegil dan cuba mengganggu sesi pembelajaran,” katanya. .....Read More

Difahamkan, pelajar itu menghamburkan kata-kata kesat kepada guru berkenaan lebih 20 minit menyebabkan mangsa mula berang.

Menurut sumber itu, guru berkenaan keluar dari kelasnya sebelum memukul bahu pelajar terbabit menggunakan buku teks dipegangnya.

Bagaimanapun, buku itu terjatuh apabila pelajar terbabit mengelak.

Tindakan guru berkenaan yang tunduk untuk mengambil semula buku itu mengundang padah apabila dia diserang pelajar terbabit.

Sumber itu berkata, guru berkenaan ditumbuk lebih lima kali pada muka menyebabkannya cedera.

Difahamkan, guru itu tidak melawan kerana terkejut tindakan berani dan melampau pelajar terbabit.

Menurutnya, kejadian itu bukan saja disaksikan pelajar lain, malah beberapa guru yang mengajar di kelas bersebelahan.

“Seorang daripada guru yang menyaksikan kejadian itu menghubungi polis sebelum sekumpulan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan memberkas pelajar terbabit yang sedang mengamuk,” katanya.

Pelajar terbabit dibawa ke Balai Polis Cheras di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Guru berkenaan diarahkan tampil di balai polis untuk membuat laporan.

Difahamkan, pelajar terbabit sudah dibuang sekolah berikutan tindakan keterlaluannya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu kes itu sudah dirujukkan semula kepada pentadbiran sekolah untuk tindakan lanjut.

Artikel@HMetro
Pelajar sekarang lagi lebihkan samseng dari ilmu.

7 Komen

mmg dahsyat budak skolah sekarang ni...bagus la cikgu nih sabar juga

hrm. dunia...

ni baru budak 13 tahun...

cikgu tu p0n cm bagus je..kdg2 bkn slh bdk..mane taw die trtggal ke buku tu...cikgu lak xley nk consider sket ke..x bwk buku teks je p0n...kecoh...bdk tu ntah2 byk agy sbjek nk pk...x terkeja cm ak kt u ni..pk la sket..ckgu p0n pnh jd student kn..x yah ar skema sgt..bdk2 skang da la jnis panas baran...lyn cmtu mmg ar die ngamuk...sengal..

bodohnye komen anonymous ni...kalu dah mencarut2 dan ganggu pelajaran murid lain, x hormat cikgu, itu memang salah cikgu tu jugak ke??

cakap sila pakai otak la yer...

hahahahaa....anonymous,marah ckgu ker? ko ker budak yg kene buang skolah tu?? :-D

pikir dulu - pasal apa mak ayah kita zmn dulu blajarnya berkat dan skrg ramai yg dah berjaya. dlm mcm2 bidang..salah satu sbbnya xlawan cakap ckgu dan btul2 jadi pelajar bila dtg skolah. dtg skolah utk blaja dan tak buat masalah..kalau kata zaman dah berubah, tu cuma alasan jer. blajar tetap sama dulu, skrg, bila2 pun...

budak2 skolah zmn skrg? hampir smua xhormat ckgu dah..lebih ckgu dr ckgu pulak dia..sbb tu blaja tak berkat. tu susah nk berjaya..dgn perangai mcm tu, pergi mana2 skolah pun, sape nak doakan dia berjaya? tanyalah mana2 ckgu, mana2 skolah pun, SEMUA TAKNAK!!

apa kes pulak bdk2 yg ajar ckgu? yg dtg skolah nk blaja, sape? bdk2 ke ckgu? yg pakai baju skolah sape? bdk2 ke ckgu? kalau bdk skolah, buat la cara bdk skolah..dtg skolah, bawak buku dan ikut la pembelajaran dlm kelas tu. xde hal sgt laa..

adalah menjadi hak n tggjwb ckgu utk denda bdk2 sbg peringatan n pengajaran. budak tu patutnya kene pikir..

byk subjek? abis tu,bdk2 lain ambik subjek sikit laa, mcm bdk2 universiti?? aku rasa ko tu yg kene pikir lebih sikit, jgn kata org lain sengal pulak...

patut la khalidah suruh ko pikir pakai otak!!

aku pun pernah jadi ckgu...

sokong2 100% khalidahmacambaguss & BLADE EDGE.
Anonymous ape punyer komen la. lain kali bacala artikel tu betul2 dan fahami jalan cerita. baru le blh kome. pastu komen nak guna *Anonymous* plak tu.
btul jgk kata BLADE EDGE (hahahahaa....anonymous,marah ckgu ker? ko ker budak yg kene buang skolah tu?? :-D)

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS