Pelajar Sekolah, Kakak Ditahan Reman Kes Sembunyi Kelahiran.




SHAH ALAM: Seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun dari sebuah sekolah menengah di sini bersama seorang kakaknya berusia 24 tahun ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Norkamilah Aziz bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Laporan berita semalam berkata polis menahan pelajar itu pada Khamis lalu kerana dipercayai ibu kepada bayi lelaki yang ditemui mati ditanam berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin berkata remaja itu ditahan di sekolahnya di sini 9 pagi semalam manakala pasangannya serta dua lagi individu yang dipercayai bersubahat dalam kejadian berkenaan, sedang dikesan.

"Ketika ditahan, pelajar terbabit berada dalam keadaan lemah kerana masih dalam tempoh berpantang," katanya.

Noor Azam berkata laporan kesihatan mendapati remaja berkenaan tidak menghadapi sebarang komplikasi dan ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

Artikel@Mstar
Tak putus-putus kes buang bayi!

1 Komen :

bodoh sangat da tau buat tanggung la sndiri.. nie tidak di buang lagi.. ko nie manusia cuba ko bandingkan diri mu dgn seekor anjing betina, anjing betina tau buat maksiat dan seekor anjing betina tu jga tau bertanggungjwab tanpa ada anjing betina.. sedangkan klu difikir anjing tu x fikiran x sekolah lgi.. ko nie ada fikiran ada sekolah lagi..

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS