KUALA LUMPUR – Seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Setar, Kedah, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini terhadap pertuduhan menerima rasuah RM10,000 sebagai dorongan untuk melepaskan tiga tertuduh yang dikatakan terlibat dalam kes culik.
ASP Mohd. Hameleay Abdul Mutalib, 29, didakwa menerima rasuah itu melalui Akaun Simpanan CIMB Bank daripada Chung Ng Moi, 36, sebagai dorongan untuk melepaskan dirinya, Wong Chee Kong dan Chun King On.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Bandar Tun Razak di sini pada 23 Januari 2009, mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana-mana yang lebih tinggi.
Hakim Rosbiahanim Ariffin membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Jun untuk sebutan semula kes. – Bernama
Artikel@Kosmo!Online
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS