Lagi Remaja Ditembak Polis!


08/05/2010 1:41pm

TAMPIN - Seorang anggota polis berpangkat konstabel dikenakan tindakan gantung kerja serta merta apabila bertindak menembak seorang remaja di bahagian perut dalam kejadian kejar mengejar di Jalan Seremban - Jelebu dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Azizi Aziz, 17, ditembak ekoran enggan memberhentikan motosikal yang ditungganginya selepas diarahkan polis.

Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tertembus ke bahagian usus.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota berkenaan telah dikenakan tindakan penahanan kerja serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa justifikasi yang boleh membawa ancaman kepada dirinya.

“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara,’’ katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian lapang sasar polis bantuan Felda di Bukit Rokan, Gemencheh di sini hari ini.

Menurut Osman, mangsa kini telah selesai menjalani dan berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

“Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa,’’ katanya. - Utusan

Apa pendapat anda?

sumber: KosmoOnline

5 Komen

haihh..senang senang je tembak orang

aduui...2 la..len kali bla polis srh berenti, berenti...kan dh kna bang..bang..aii...
polis ni pun satu, klu terlepas pun, tgk n cam plat no motosikal 2 then trace blk kat owner dia..

agaknya dia pk, polis sblm ni tak amik tindakan sgt, dia pn senang2 la nak tembak. dia aggp nyawa budk tu mcm nyawa nyamuk. pale hotak dia minta maap je!!

NISECA suka merapu

Dulu rasuah, bile ade SPRM senyap sikit. Sekarang tembak, nak tubuh Suruhanjaya Pencegah Tembakan Malaysia pulak ke?

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS