02/03/2010 8:43pm
SHAH ALAM – Seorang pengawal keselamatan parah selepas tertembak pada bahagian dagu ketika sedang berehat di dalam sebuah van keselamatan yang berhenti di Taman Tasik Shah Alam, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Noor Azam Jamaludin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, Mohammad Rahmat Misnan, 21, bersama dua rakan setugas baru selesai membuat penghantaran wang di sebuah bank di sini.
“Ketika kejadian mangsa sedang berehat di tempat duduk penumpang van keselamatan itu di Taman Tasik Shah Alam, manakala dua lagi rakannya sedang berehat di luar van berkenaan,” katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata, rakan Mohammad Rahmat mendengar bunyi tembakan dan apabila melihat ke dalam van berkenaan ternampak dia berlumuran darah pada bahagian muka.
"Mangsa parah selepas menembak dagu menggunakan pistol jenis revolver dan siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dalam insiden itu,” katanya.
Mohammad Rahmat kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. – Bernama
Sumber: Kosmo! Online
Mr BOM321 berkata:"bahaya tu main pistol"
2 Komen
huhuhu~
nie msti kes tertido nie~hehehe
huk aloh bengap gilow mamat tuh..safe pin x reti nak pakai kowt
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS