JOHOR BAHRU – Dua pekerja kapal maut apabila sebuah tangki minyak di atas kapal MT Hercules meletup di perairan Kukup, kira-kira tiga batu nautika dari selatan Pulau Kukup malam semalam.
Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Sylvester Keterim, 24, berasal dari Tamparuli, Sabah dan Shezi Chang Shiah Joo, 22, dari Sandakan.
Menurut Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Hassan Jusoh, kedua-dua mereka sedang melakukan kerja-kerja kimpalan pada salah satu tangki minyak di atas kapal itu apabila tangki berkenaan tiba-tiba meletup dan terbakar.
"Kedua-dua mayat berjaya dibawa keluar dari dalam kapal kira-kira pukul 10.15 malam sebelum diserah kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Pontian bagi melakukan bedah siasat,” katanya.
Beliau berkata, terdapat 24 anak kapal dan 20 pekerja kontrak yang terdiri daripada warga Malaysia, Indonesia, Filipina dan India di atas kapal berkenaan semasa kejadian. – Bernama
Mr BOM321 berkata:"Fuh ingat naik kapal bahaya pada air je!"
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS