Terlanjur Angkara Laman Rangkaian Sosial!



KUALA LUMPUR: Bermodalkan ayat ‘power’ dan wajah kacak, segelintir lelaki hidung belang bijak menjerat cinta gadis remaja menggunakan laman sosial di Internet untuk menjadi pemuas nafsu mereka.

Sasaran mereka, gadis remaja yang kemaruk melayari laman sosial untuk mencari kenalan hingga jatuh cinta dan seterusnya menyerahkan kehormatan diri.


Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azie, 21, ketika ditemui berkata, dia berkenalan dengan seorang jejaka berumur 20 tahun bernama Muaz melalui sebuah laman sosial popular di Internet.


“Selepas seminggu berkenalan melalui laman Myspace, saya mula jatuh cinta kepadanya dan kami berjumpa buat kali pertama di sebuah pusat beli-belah,” katanya yang juga penuntut pengajian syariah di sebuah kolej swasta di ibu negara.


Selepas hampir dua bulan berkenalan, kekasihnya mula menunjukkan belang apabila kerap memujuk gadis berasal dari Sabah itu untuk melakukan hubungan seks.

“Saya tak menyangka dia akan meminta melakukan perkara terkutuk itu kerana dia berasal daripada keluarga yang warak.


“Walaupun beberapa kali menolak permintaannya, godaan syaitan lebih dahsyat hingga saya layu di pangkuannya,” katanya yang kini hamil dua bulan hasil hubungan terlarang itu.


Selepas disahkan mengandung, lelaki itu mula bersikap lepas tangan apabila enggan bertanggungjawab.


Bimbangkan perkara lebih buruk terhadapnya, Azie menceritakan perbuatan mereka kepada keluarga lelaki terbabit, tetapi kecewa kerana mereka enggan mendedahkan perkara itu kepada pihak berkuasa.


“Mereka hanya membantu mendapatkan rumah perlindungan sementara menantikan kelahiran bayi saya, manakala lelaki itu bebas meneruskan kehidupan sehariannya,” katanya.


Dia pula terpaksa menangguhkan pengajiannya bagi mengelak kehamilan luar nikahnya diketahui pihak kolej.


“Jika perbuatan saya terbongkar, saya akan dibuang kolej dan pasti akan mengecewakan keluarga di Sabah,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Rozie, 20, dari Ampang tidak menyangka perkenalan dengan seorang jejaka melalui laman sosial Facebook bakal menjadi titik hitam dalam hidupnya.


Katanya, menerusi laman sosial itu, Boy dilihat seolah-olah tidak mempunyai ramai rakan perempuan berikutan tiada kenalan wanita dalam senarai sahabatnya.


“Ini menyebabkan saya menganggap Boy bukan kaki perempuan dan boleh dipercayai.


“Kami bertemu buat kali pertama apabila dia mengajak saya ke majlis hari jadi rakannya,” kata Rozie yang jatuh cinta dengan Boy yang bersopan santun dan pandai menjaga hatinya.


“Di tempat kerja, saya kerap diganggu lelaki, tetapi Boy pula sering mengambil berat dengan menjaga saya daripada diganggu mereka,” katanya yang bertugas sebagai pakar kecantikan di ibu kota.


Akibat terlalu percayakan lelaki itu, Rozie mengandung hasil hubungan terlarang mereka selepas setahun menjalin cinta. “Boy menyuruh saya menggugurkan kandungan dengan alasan belum bersedia menjadi bapa, tetapi saya enggan menyebabkan dia meninggalkan saya tanpa khabar berita,” katanya yang enggan membuat laporan polis dengan alasan masih terkejut dengan nasib dirinya.


Turut berkongsi masalah sama, Wani, 25, pelajar kolej swasta di Pahang.


Perkenalan dengan Zul, jejaka dari Melaka menjadikannya hilang pedoman sehingga terlanjur, tetapi lelaki itu enggan bertanggungjawab.


“Kami berjumpa selepas tiga minggu berkenalan melalui laman sosial Friendster.


“Zul sanggup datang dari Melaka ke Pahang semata-mata untuk bertemu saya ketika kami bermadu kasih,” katanya yang terpaksa menangguh pengajian dalam bidang perakaunan kerana kini hamil dua bulan.


“Mungkin disebabkan tak pernah bercinta sebelum ini menjadikan saya hanyut dibuai janji manis lelaki durjana itu,” katanya yang berharap gadis lain tidak terjebak jerat cinta Internet.

Tajuk Asal : Terkilai Cinta Internet

Sumber: HMetro

BOM321 berkata:"kepada gadis2 yang tegar dalam rangkaian sosial berhati dalam mencari pakwe2 ye!"

14 Komen

haha..xleh bla.cam desperate jer carik bf kat frenster

perlu ke cari cinta dr laman so shial 2?? hahahahaha..

hati2 ye...x kira la gadis ke lelaki ke..kne gak hati dgn laman2 mcm neh...

pengajaran utk semua.
berpada2lah kalo ber"sosial" kt internet. =D

napalah senang2 nak serahkan mahkota kepunyaan diri..

huhu...so plz take of urself ye pmpn2 sume =D

Haih... mudah sgt terpengaruh...

x faham aku..

takan nak cari pasangan pun dalam social network plak dah.. mcm desperate pla.. lagipun bukan bleh pcya sgt pun if dalam tu..

nauzubillah..minta2 dijauhkan...muhasabah diri

don blame on man only...
yg gurl p ikut g tmpt2 yg leh buat benda 2 wt pe????

ini takder kena ngena pun dgn lama web sosial. kau yang sial adalah

sy brtemu jodoh sy di facebook....n dh brkawin sekarang....

perghh buat malu name muaz jer damn

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS