Remaja Pesta Dadah!





KUALA LUMPUR: Tidak puas berhibur di pusat hiburan sekitar ibu kota, sekumpulan remaja dikatakan terus bergembira dengan mengunjungi ‘pesta dadah’ anjuran rakan di sebuah apartmen di Cheras, dekat sini, awal pagi semalam.

Seorang remaja dipercayai lalok, terkedu seketika apabila mendapati sekumpulan lelaki mengetuk pintu disangka remaja lain ingin menyertai aktiviti tidak bermoral itu sebenarnya anggota polis menjalankan serbuan.


Pemeriksaan kemudian mendapati seramai 35 remaja berusia antara 18 hingga 30 tahun menyertai pesta dadah terbabit.


Pelbagai jenis dadah dijumpai di apartmen itu yang disewa daripada pemilik asal, termasuk ganja, ecstasy, eramin, ketamin dan syabu yang berselerak di atas lantai.


Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, berkata polis menyerbu lokasi pesta dadah itu selepas mendapat maklumat daripada orang awam berhubung kegiatan tidak sihat dianjurkan remaja berkenaan.

“Ketika memasuki premis berkenaan, kedengaran bunyi muzik ala disko yang kuat untuk melayani lalok dadah mereka kononnya dapat melepaskan tekanan.


“Hasil soal siasat, remaja terbabit terlebih dulu pergi ke pusat hiburan sekitar ibu kota untuk berhibur sebelum mendapat maklumat mengenai penganjuran pesta itu.


“Apartmen terbabit disewa sehari lebih awal oleh individu tertentu dan ketika diserbu, remaja terbabit seolah-olah tidak sedar kehadiran polis, sebaliknya menyangka kami adalah sebahagian daripada mereka,” katanya.


Abdul Rahim berkata, pihaknya menjalankan siasatan untuk mengenal pasti penganjur pesta itu dan sama ada remaja terbabit dikenakan bayaran untuk memasuki apartmen berkenaan.


Mengikut jumlah, 29 remaja lelaki dan enam gadis berusia antara 18 hingga 30 tahun ditahan manakala ujian saringan air kencing mendapati hanya empat daripada mereka negatif dadah.


Selain berpesta dadah, kumpulan remaja itu dipercayai terbabit dalam kegiatan seks bebas.


Mereka direman hingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya, 1952 manakala sebuah Toyota Wish dipercayai milik penganjur pesta itu disita.

Artikel:HMetro
Gambar:Kosmo Online

BOM321 berkata:"perangai sume macam hampeh! memalukan melayu je!"

7 Komen

memang memalukan melayu ah..budak2 otak senget.

Biasalah melayu nak tunjuk belang

to L3onydus

patut kena rejam budak ni kan?

IQ 0...ish3
pkai la otak kit....sengal btol

to BezBuddy

sebab pakai otak la jadi macam ni, kena pakal akal baru tak jadi :D

aku sendiri ada kawan yang macamni. bila berpesta.tak ingat dunia. kawan sendiri dilupakan. bila dah ok. baru cari balik. tapi sekarang dia dah sikit2 ubah. hope dapat stop la sebab di dah rasa, kawan2 byk tinggalkan dia.

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS