BUKIT BERUNTUNG: Hanya kerana mengumpat dan memburuk-burukkan nama baik seorang wanita dikenali, seorang remaja maut dibelasah beramai-ramai sekumpulan samseng sebelum mayatnya dicampakkan ke dalam pembentungan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang berusia 19 tahun dan adiknya yang berusia 17 tahun sedang berjalan-jalan berhampiran Bukit Sentosa, di sini kira-kira jam 8 malam kelmarin.
Menurutnya, kedua beradik berkenaan bagaimanapun terserempak dengan sekumpulan hampir 10 lelaki yang bertindak menahan dan mengepung mangsa.
“Difahamkan berlaku pergaduhan sebelum kumpulan lelaki terbabit menyerang mangsa beramai-ramai. Suspek bertindak menggunakan batu, kayu dan parang untuk memukul mangsa yang ketika itu tidak bersenjata.
“Dalam kejadian serangan ganas itu, adik mangsa yang berusia 17 tahun berjaya melepaskan diri sebelum lari dari lokasi dia diserang oleh kumpulan samseng berkenaan yang turut mengejar mangsa beramai-ramai," katanya.
Menurutnya, mangsa yang berusia 17 tahun terbabit bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri namun jatuh pengsan di tepi jalan akibat dibelasah dengan teruk.
Sumber:HMetro
BOM321 berkata:"makin menjadi2 jenayah sekarang ni, bahaya ni"
2 Komen
apa nk jadi dgn manusia skrg ni...
sanggup berbunuh-bunuhan...
moral of the story...jgn kuar mlm...rmai org jht =D
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS