Ibu - Bapa Anda Tahukah anda BerCinta atau BerCouple?


sekadar gambar hiasan


Entry ini kepada mereka yang belum berkahwin atau bertunang, kepada cik gojes
tak boleh sebab dia dah bertunang, konfem mak ayah dia dah tahu.

Persoalan.. adakah ibu-bapa emak-ayah mama-papa umi-abi mom-dad tahu anda berCINTA atau berKAPEL (COUPLE) dengan pasangan korang?

Ya? Tidak?

kalau Ya? bagus la sekurang2nya mak ayah tahu dengan sapa anda keluar, berbalas chat atau sms, atau sebagainya, bukan sekadar mak ayah anda saja kena tahu dengan siapa anda berKAPEL, pasangan anda pun mak ayah juga perlu tahu, dan mengenali anda, ini memberikan lesen BESAR bila anda mahu berDating atau berjumpa, kerana mak ayah masing sudah mengetahui, dan lebih elok mengenali anda lebih dekat, jika Perangai anda ni sorang yang sopan santun intan berlian segalanya baik pada ibu bapa pasangan korang, lagi senang la perCINTAan korang, mungkin diRESTU 100% kalau korang ingin kawin,

Kalau jawapannya Tidak?

kenapa jawab tidak? mungkin kat situ ada kemusykilan sedikit, jika benar anda berCINTA atau Menyayangi pasangan anda, tidak salah anda mengenalkan pasangan anda pada mak ayah anda, jika pasangan anda berkata mak ayahnya tidak mengetahui hubungan korang, mungkin pasangan anda hanya ingin berseronok buat seketika sahaja, kerana apa tujuannya berCINTA jika ibu bapa sendiri tak restu, dan atau pasangan anda takut kantoi curang, mungkin mak ayah pasangan anda tahu pasangan anda telah berKAPEL dengan orang lain, tetapi tidak pada korang.

Kepada yang serius dalam berCINTA ni, perlu memberitahu kepada mak ayah korang,
tapi jangan mengunakan ayat jiwang macam ni "mak2, aina dah berCINTA dengan SiDia" kalau guna ayat tu, konfem mak anda akan memberikan kata sadis buat anda atau memberikan satu cop pada dahi anda, gunakan ayat2 simple je "mak, aina rapat dengan SiDia" mungkin tu cukup untuk mak anda berfikir, tapi pastikan SiDia tu yang ada wawasan, bukan yang tak berwawasan.

ISU RANGKAIAN SOSIAL PULA..

Rata-rata di dalam rangkaian sosial banyak diletakkan gambar korang dan pasangan korang yang romantik ala2 macam orang dah kahwin atau lebih dari orang yang dah kahwin?
cuba fikirkan jika mak ayah atau kawan mak ayah korang terserempak dengan gambar romantik korang dengan gaya2 CINTAN korang di dalam Facebook, Myspace, Friendster, Twitter dan apa2 ter lagi.. lebih teruk anda bergambar dengan pasangan yang mak ayah anda tak kenali.

antara effect yang berlaku, mungkin mak ayah anda boleh terkena serangan jantung, bersedia didepan pintu rumah sambil memegang rotan, atau sebagainya,
Jika mak ayah anda tahu anda berKAPEL dengan pasangan anda, mungkin nasihat sebegini diberikan, "aina2, tak elok kau bergambar macamtu, kau tu masih bercinta, mak taknak kau bergambar macam tu sebelum kawin", haah, kat ayat situ dah dapat lesen kawin dari mak anda.

effect kepada ex atau madu anda pula(madu bagi pasangan yang curang),

mana tau ex anda bengang ke dia ambik gambar anda di facebook dia santau ke, tak ke naya jawabnya, atau kantoi, pasangan anda ada keKASIH atau NurKasih lain yang tersurat pada gambar2 didalam rangkaian sosial.

(nama didalam entri ini takda kena mengena mengena dengan orang hidup atau pun yang telah tiada, semuanya mitos sahaja).

macam mana pendapat korang?

BOM321 berkata:"mak ayah aku tahu aku berCINTA 4 sekali,hahahh, gurau je :D"

14 Komen

wowooo...mencapub kejap cik gojes,..haha. kalau nak pasang spare part boleh? hahaa

to Cik aiNa (Gojes)

boleh, tp wajib pilih i,haha

hehe~
mestilah tau..kalau x,nak pergi dating cmner..xkn nak tipu mak kan..

best ja kalau parents dah tau.... lagi2 yg dah restu.

couple???haha...dolu after spm penah couple..sethn...mama x tau..then clash..sampai skang membujang...byk la mmber laki..so..slalu la kuar ngan 2 3 org yg same..n whole of my family kenai..haha..x lei nak kate per dah..:D..x pepasal anak nye plak yg kene sound "jgn pasang ramai2"..:P...i x bersalah ok..kaawan je pon..:P

Mak ayah aku tau aku bercinta 3x... haha.. sume xdirestui... yg ke 4 ni die xtau ag... balik kang bru nak gtau lerr.... :P..

p/s: agak2 die bagi tak???? lau xbg nak kenalkan yg ke 5 plak ni... haha

to nn

memang tu pun benda wajib :D

to JieJie

kawan lama nanti jadi KAWIN :D

to udacun

yang kelima dah tersedia disini :D

tersedia??? Bom ke?? hahahhaa.. jum3.. kenalkan yg ke-5 trus r.. :P

Still tak pernah kapel .. Muhahahahahaha

Selalu kalo couple, mmg mak tahu lah..
Bapak? Ai,sogan la nak gtauuu..:))

Mak selalu ok je..
Tp yg skrg ni, tak kena restu la pulaknya..
Adeh..
:(

rase3 ibu ayah sy tau kot...
da slalu bwk blk umah...
siap tido kt umah lg...
hehe..

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS