Tidak Tutup Aurat, Kompoun RM500


ANGGOTA penguat kuasa MPKB-BRI memeriksa peniaga dan pembantu kedai yang tidak menutup aurat di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Kota Bharu malam kelmarin.


KOTA BHARU - Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.

Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).

Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.

"Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini," katanya.

Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat.-KOSMO

BOM321 say:"wanita islam yang taknak rm500 dia melayang, tutup aurat betul2 ye!"

10 Komen

alhamdulillah..harap2 pegawai yang bertugas telus...lily sokong >100% usaha ni dalam memartabatkan kembali negeriku yang tercinta yang semakin panas hanya kerana makluk wanita yg "sebegitu" ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!..

aku sokong..
langkah yang bagus patut diperluaskan ke seluruh negara..

pelik..manusia kalau bab agama semuanya nak tunggu IKHLAS TANPA PAKSAAN baru nk buat..tp kalau bab peraturan yg dibuat oleh penguatkuasa..xperlu IKHLAS pun leh ikut...siapa PENGUATKUASA YANG SEBENAR2NYA nie?

"IKHLAS MEMERLUKAN PAKSAAN"

bagus jugak..tapi selalu macamtulah..kita nak kena paksa dulu..mungkin lama2 kesedaran dan keikhlasan tu datang sendiri tanpa perlu dipaksa..-)

Macamana pun IANYA tetap dilabelkan DIPAKSA .

samalah macam mengajar anak solat dari kecik kena paksa walau mereka x nak, lama kelamaan jadi rutin...Paksa begini sngat baik

bodoh...makan babi la...sial nya krjaan

This comment has been removed by the author.

xkan peniaga/penjual je? heheeeee pikir lah sendiri.

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS