Enjin Pesawat Pemintas F-5E Hilang!




KUALA LUMPUR: 'Orang dalam' syarikat penyelenggaraan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipercayai menjadi perancang utama dalam kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E, bernilai kira-kira RM50 juta, milik TUDM dari gudang simpanannya di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, akhir tahun lalu.

Sumber memberitahu Berita Minggu, siasatan tidak menolak kemungkinan itu berikutan jaringan perniagaan syarikat penyelenggaraan berkenaan hingga ke luar negara.

Katanya, tanpa pembabitan pihak berkenaan agak mustahil enjin jenis GE J85-21A itu boleh dijual sendiri oleh orang dalam TUDM kepada pembeli antarabangsa.

Tiga syarikat besar dilantik Kementerian Pertahanan untuk penyelenggaraan pesawat tentera, dengan nilai setiap kontrak dipercayai mencecah jutaan ringgit.

Difahamkan, pemberian kontrak dibuat mengikut jenis pesawat, selain skop penyelenggaraan merangkumi sistem avionik, enjin, badan pesawat dan ciri keselamatan.

"Selain Malaysia, syarikat berkenaan turut terbabit membaik pulih dan menyelenggara pesawat tentera negara luar jika ada permintaan," katanya yang menegaskan enjin itu tidak bernilai tanpa rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya.

Sumber berkata, hanya syarikat penyelenggara terbabit mengetahui spesifikasi lengkap pelbagai model pesawat, termasuk helikopter bagi tujuan ketenteraan di negara ini, selain mempunyai hubungan secara langsung dengan syarikat pembekal di luar negara.

Katanya, pihak berkenaan juga lebih mengetahui lokasi komponen dan alat ganti generasi pertama pesawat tempur supersonik itu mendapat permintaan tinggi, terutama di kalangan negara yang masih menggunakannya.

Elemen itu diberi tumpuan dalam siasatan kes berkenaan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman selepas dimaklumkan mengenai kehilangan enjin itu oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Januari tahun ini.

Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times semalam mendedahkan satu daripada dua enjin pesawat tempur, F-5E, yang berpangkalan di Skuadron 12 Scorpion Butterworth hilang dari Gudang Material Udara I (Matra I), Sungai Besi akhir tahun lalu.

Berikutan itu, ATM membuat laporan polis awal tahun ini, dan sehingga ini empat orang ditahan termasuk pegawai TUDM.

Sementara itu, sumber itu juga berkata, ada kemungkinan enjin itu dileraikan menjadi komponen kecil untuk menyukarkannya dikesan, selain memudahkan urusan logistik ketika dijual.

"Kes ini dirancang rapi, dengan banyak percanggahan maklumat berlaku berhubung kehilangan enjin berkenaan, dipercayai bertujuan menghapuskan bukti dan menyukarkan siasatan.

"Difahamkan, enjin itu sudah lama hilang tetapi dokumen menyatakan ia masih di gudang.

Lebih menghairankan, bagaimana rekod perkhidmatan dan penyelenggaraan enjin itu yang tersimpan dalam peti besi di Markas Logistik TUDM boleh hilang.

"Padahal, tiada rekod menunjukkan dokumen itu dibawa keluar dari pangkalan. Lebih misteri, bagaimana enjin sebesar itu boleh keluar tanpa dapat dikesan dari sebuah pangkalan tentera yang ketat kawalan keselamatannya," katanya.-Bharian

BOM321 say:"Enjin punya besar pun boleh kena rembat ke? Pro betol pencuri sekarang"

5 Komen

mesti ade orang dalam nih...pengkhianat negara!!

enjin kapal terbang pon bleh hilang? esok esok seluar dalam pon hilang dek keje orang dalam, ekekekek...

enjin jet pon leh ilanggg..ermmm
de la nie spe2 yg nk sabotaj xponn duit punye hal.........

enjin pesawat pun boleh hilang...
ganas2..
nanti jangan kapal selam hilang sudah..ha3

kaya tu..tak payah susah2 nak kerja lagi..
re=, dptwang

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS