Tiada Cahaya Letupan Di Bulan


Permukaan bulan semalam diletupkan dengan menggunakan dua buah roket bagi mengesan air di bawah permukaan bulan yang boleh digunakan angkasawan dalam misi angkasa lepas pada masa depan, kata Pentadbiran Aeronautikal dan Angkasa Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, tiada cahaya 'letupan' yang dapat dilihat selepas dua roket itu sengaja dihempaskan oleh NASA.

Tepat pukul 7.30 malam semalam waktu Malaysia, roket Centaur terpisah daripada Satelit Pengesan dan Pemerhati Kawah Bulan (LCROSS) dan menghentam kawah kawasan Caebus di bahagian kutub selatan bulan pada kelajuan 9,000 kilometer sejam diikuti dengan sebuah kapal angkasa peninjau yang dilengkapi beberapa kamera canggih bagi merakam impak itu.

Sebelum terhempas, roket Centaur dan kapal angkasa peninjau tersebut bercantum membentuk satelit LCROSS.Imej termal (suhu) pada stesen televisyen laman web NASA menghasilkan warna biru pada kawasan bersuhu sejuk dan merah pada lokasi panas di permukaan bulan tetapi tiada cahaya kilat kelihatan pada skrin televisyen ketika Centaur terhempas.

Sebelum ini, NASA memberitahu, letupan akibat hentaman itu akan menyebabkan beberapa ratus tan debu bulan naik setinggi 10 kilometer ke atmosfera dan menghasilkan cahaya selama 30 saat.

Kamera-kamera yang dipasang pada kapal angkasa peninjau seberat 891 kilogram itu akan menghantar rakaman impak pertama ketika ia terbang menerusi debu bulan itu dan menghantar data serta maklumat ke bumi sebelum ia turut terhempas ke bulan.

Menurut saintis-saintis NASA, pelanggaran kuat itu akan menyebabkan ais yang dipercayai tersimpan di bawah permukaan kawah bulan akan terurai ke atmosfera sekali gus dapat dikesan oleh kapal angkasa peninjau dan teleskop gergasi di bumi.

Satelit LCROSS direka bagi menghasilkan kawah seluas 100 kilometer dengan kedalaman empat kilometer apabila ia menghentam sebuah kawah bulan sedalam dua meter.

"Walaupun impak itu dahsyat tetapi disebabkan saiz bulan yang besar, ia seperti kesan bulu mata seorang penumpang yang jatuh ke lantai sebuah pesawat 747 semasa dalam penerbangan," kata Pengurus Projek LCROSS, Daniel Andrews.

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS